MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 14, 2023

BANTUAN KASIH RAMADHAN UNTUK ANAK TAHFZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM415 / 8.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka Tabung Bantuan Kasih Ramadhan Karim bagi membantu golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim tahfiz yang memerlukan bantuan.


Kedatangan bulan Ramadan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang mengetahui kelebihan beramal pada bulan ini. Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah SWT. Janji-janji Allah SWT yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, menyebabkan berlaku kerugian teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.



Bulan Ramadan adalah bulan rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pula pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan yang selalu menggoda manusia dirantai. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila datang bulan Ramadan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan akan dibelenggu syaitan-syaitan dengan rantai.” (Muttafaqun ‘Alaih)



Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan keampunan yang mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya pada bulan ini. Bukanlah bermakna taubat tidak diterima Allah SWT pada bulan lain, namun pintu keampunan pada bulan Ramadan tersangat istimewa yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”. (Muttafaqun ‘Alaih)
  


Allah SWT jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan berlumba-lumba untuk perbanyakkan melakukan amalan sedekah. Bulan Ramadan bukan hanya bulan untuk kita duduk di tikar sejadah, sebaliknya mengambil peluang untuk memperbanyakkan sedekah walaupun dengan hanya sebiji tamar dan seteguk air untuk berbuka puasa. Rasulullah SAW tidak akan melepaskan peluang untuk bersedekah pada bulan Ramadan sepertimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari:


“Adalah Nabi seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan.”


Baginda SAW sangat menekankan kepada kita untuk perbanyakan amalan bersedekah khususnya pada bulan Ramadan kerana ganjarannya sangat hebat: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Al-Tirmizi)



Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka Tabung Bantuan Kasih Ramadhan Karim bagi membantu golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim tahfiz yang memerlukan bantuan di bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini bagi mereka dapat meneruskan belajar dengan selesa supaya mereka dapat menyediakan juadah iftar yang berkhasiat dengan mencukupi dengan dana infaq sedekah yang diberikan. Semoga sikap ta'awun muslimin dan muslimat dapat menggembirakan hati anak ini dengan juadah yang enak dan lazat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat