PERSATUAN INTELEK INOVATIF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 21, 2023

BANTU PEMBEDAHAN KATARAK PUAN PATIMAH

RM50 / 1.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Puan Patimah, pesakit Maculopathy atau hilang daya penglihatan memerlukan bantuan segera. Jom kita bantu!


Puan Patimah, ibu tunggal dan merupakan penghidap penyakit kronik mata "Maculopathy" serta memerlukan bantuan untuk memulihkan mata kiri beliau yang hanya berbaki 30% dan mata kanan beliau telah buta sepenuhnya. 



Keadaan Puan Patimah kini berada dalam keadaan yang tidak baik serta kritikal setelah pemeriksaan oleh hospital kerajaan di Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa penglihatan kiri beliau memerlukan rawatan segera. Namun, memandangkan keadaan beliau yang kritikal, maka rawatan dari hospital swasta adalah amat diperlukan dengan kadar segera. 



Sehubungan dengan itu, pihak Intelek Muda Nasional telah mengambil inisiatif segera unutk membantu beliau melalui kutipan dana awam agar kos sebanyak RM350, anggaran oleh pihak swasta dapat dikumpul bagi menyelamatkan mata kiri beliau dengan melalui pembedahan katarak segera yang mungkin. Di atas adalah disertakan pengesahan dari pihak berwajib mengenai keadaan mata Puan Patimah. 


Berdasarkan keadaan Puan Patimah sekarang juga telah menyukarkan beliau untuk menguruskan diri dan juga beliau telah kehilangan suami pada Januari 2023 yang lalu akibat sakit buah pinggang kronik (dialisis) serta beliau tidak mempunyai anak. 



Oleh itu, pihak kami amat berharap sumbangan sesegera mungkin oleh tuan/puan yang dirahmati Allah SWT dengan kadar yang segera memandangkan keadaan Puan Patimah yang memerlukan rawatan segera akibat sakit kronik beliau hadapi ini bagi memastikan beliau dapat hidup normal seperti menguruskan diri sendiri dan melakukan aktiviti harian. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat