Kami, Pertubuhan Kebajikan Dakapan Kasih Negeri Johor (DAKAP Johor), dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan, memohon perhatian anda terhadap isu kritikal yang melanda warga emas kita yang sakit dan uzur.

Bayangkan sejenak. Selepas bertahun-tahun berkorban, mendidik anak, dan menyumbang kepada masyarakat, fasa emas kehidupan mereka kini dihiasi dengan kesakitan. Lebih menyedihkan, sebahagian besar warga emas yang terlantar di rumah keluarga miskin terpaksa berbaring di atas permukaan yang tidak layak: tilam biasa yang keras, nipis, dan tidak menyokong.

Akibat tekanan berterusan pada satu titik, kulit mereka melepuh dan akhirnya merekah membentuk luka dalam yang menyakitkan. Luka ini bukan sahaja melambatkan penyembuhan, tetapi berpotensi membawa jangkitan yang mengancam nyawa.

Katil pesakit bagi mereka bukanlah kemewaha tapi ia adalah penawar kesakitan, penjaga maruah, dan kunci kepada tidur yang tenang. Ia membolehkan pesakit ditinggikan sedikit, memudahkan ibadah, makan, dan berinteraksi dengan keluarga tanpa perlu menanggung azab kesakitan.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini