PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Dimulakan pada Mar 29, 2022

KEMPEN MAK AYAH BUKAN UNTUK DIPINGGIRKAN

RM580 / 3.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan rumah kediaman warga emas Darul Insyirah yang lebih selasa dan dapat menampung lebih ramai lagi warga emas di Malaysia.



MAK AYAH BUKAN UNTUK DIPINGGIRKAN


“ Apabila meningkatnya usia mak ayah, mereka bukan lagi dambakan duit dan harta tetapi mahukan peneman, perhatian, masa dan kasih sayang daripada anak-anak mereka… Mampukah kita?”


PUSAT PENJAGAAN DAN PENDIDIKAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH merupakan salah satu tempat warga emas yang amat menitikberatkan perihal Pendidikan dan kewajipan beribadah kepada Allah S.W.T. Selain itu juga, Darul Insyirah ada menyediakan tempat bagi warga emas yang memerlukan penjagaan yang rapi dan terjaga. Ada warga emas yang datang ke Darul Insyirah semata-mata untuk belajar agama dan ada juga yang datang hanya untuk berkawan/ bersosial.



Gambar 1.1: warga emas yang sihat sama ada yang menetap atau yang ulang alik akan belajar agama setiap hari di Darul Insyirah tanpa jemu.




Gambar 1.2 : warga emas yang memerlukan penjagaan yang rapi tidak ketinggalan untuk sama-sama hadir ke kelas agama.


BERAPA ORANG PENGHUNI DARUL INSYIRAH SEKARANG?

Untuk masa sekarang Darul Insyirah mempunyai warga emas seramai 42 orang dan tidak ada kekosongan.Oleh sebab itu, Darul Insyirah bercadang untuk membangunkan rumah kediaman warga emas yang lebih baik dan selesa untuk warga emas kerana ramai daripada kita tidak tahu bahawa menjelang 2030, 15% populasi di Malaysia terdiri daripada warga emas.






Sudah tentunya rumah yang warga emas duduki sekarang tidak mampu menampung bilangan penghuni yang ramai. Pembinaan rumah kediaman ini juga dapat membantu ramai anak- anak yang sayang mak ayah mereka yang mana memerlukan perhatian serta penjagaan yang baik.


Oleh itu, Kami sedang merangka untuk membangunkan sebuah Pusat Jagaan & Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang lebih besar. Pusat ini bukan untuk tempat buangan ibu dan ayah, tetapi tempat untuk warga emas kita belajar dan menjalankan aktiviti.


Tujuan utama pembinaan rumah kediaman warga emas adalah untuk memberi ruang dan tempat yang selesa untuk warga emas belajar agama dan bersosial dengan kawan-kawan seusia mereka. Oleh sebab itu, rumah kediaman warga emas ini dibangunkan.


Bagi menjayakan misi ini kami memerlukan sumbangan sebanyak RM5,000,000.00 Sumbangan ini termasuklah kos pembinaan pusat ini & kos operasi.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan/ sumbangan ke arah pembinaan rumah kediaman warga emas Darul Insyirah, boleh whatsap/ call Cik Dina (0173212457) 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat