DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM MANARAT DARUS SALIM

RM850 / 1.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM70,000

51 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dana pembangunan kami masih kekurangan RM 70,000. Dengan peluang ini kami harap anak-anak murid kami dapat belajar dengan selesa.


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sekolah Menengah Islam Manarat Darul Salim (SMIDAS) merupakan sebuah sekolah menengah agama swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menyediakan sistem pendidikan akademik dan tahfiz kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.



Walaupun SMIDAS berdaftar di bawah JAIS, SMIDAS tidak menerima sebarang bantuan tetap, malah sumber kewangan sekolah ini sepenuhnya bergantung pada yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar. Asas penubuhan SMIDAS telah diilhamkan oleh masyarakat setempat yang mahukan anak-anak mereka mempelajari ilmu agama yang sempurna.  SMIDAS sudah beroperasi sejak 2011 sehingga kini dengan jumlah pelajar seramai 133 orang. SMIDAS mengguna pakai kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai teras kepada sistem pengajian di sekolah ini.



Amalan bersedekah merupakan perbuatan yang sangat disukai Allah SWT. Selain itu, ia menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Justeru itu, pihak kami di Sekolah Menengah Islam Manarat Darul Salim menyeru kepada masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan SMIDAS. Kami kekurangan dana sebanyak RM70, 000.


Buat masa sekarang, kutipan dana adalah bertujuan :

1. Renovasi seluruh bangunan

2. Keperluan fasiliti sekolah (kerusi, meja,alatan pejabat, alatan pembelajaran)

3. Fasiliti untuk makmal sains, makmal komputer dan perpustakaan yang dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar



Meskipun SMIDAS berdaftar dengan JAIS, namun tempoh sijil kelulusan yang diberikan ialah 5 tahun sahaja bermula 2012 hingga 2016. Tahun berikutnya 2017, JAIS hanya memberi tempoh sijil kelulusan satu tahun dengan beberapa dokumen yang tidak lengkap. Selain itu SMIDAS dicadangkan untuk berpindah keluar dari bangunan surau supaya dapat memenuhi syarat-syarat untuk mendapat kelulusan pendaftaran sekolah di bawah JAIS dan KPM. Ketika ini SMIDAS masih beroperasi dengan menumpang bangunan Kompleks Surau Darus Salim di Jalan Sungai Buloh – Subang, Seksyen U3.



Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”- Surah al-Baqarah:261.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat