TABUNG DERMA KILAT MANGSA KEBAKARAN DI MIRI SARAWAK

RM310 / 3.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bantu 11 buah keluarga yang terkesan akibat kebakaran rumah panjang. Semoga ia dapat memberikan sinar baru kepada mereka menjelang Ramadhan dan Syawal ini kelak.


Satu perkhabaran yang mendukacitakan di mana 11 buah rumah di Kampung Wireless, Miri Sarawak telah terbabit kebakaran pada 11 Mac 2023. Kebakaran tersebut telah meranapkan keseluruhan struktur bangunan rumah berkenaan. Alhamdulilah tidak ada kemalangan jiwa telah berlaku. Seramai 83 penduduk yang terlibat dalam kebakaran tersebut tinggal sehelai sepinggang.



Penduduk kampung sekitar cuba untuk membantu menyelamatkan mangsa dan juga barangan yang ada.



Keadaan kampung yang berada di tepi sungai menyebabkan angin kuat dan api cepat merebak ke rumah berdekatan.



Sukar untuk dibayangkan keadaan mangsa kerana tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tetapi rumah mereka sudah musnah.

Oleh itu, kami dengan rasa rendah diri ingin melancarkan derma kilat bagi membantu sedikit sebanyak pihak keluarga yang terlibat dalam kebakaran ini. Kepada NGO dan sahabat semua yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang menggunakan platform sumbangan.com ini agar kaedah pengumpulan bantuan lebih efisien dan telus. 

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat