SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG SENTOSA

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu mangsa kebakaran di Kampung Sentosa. Rumah mereka musnah teruk dan kini mangsa tinggal di rumah saudara sehelai sepinggang. Ayuh kita bantu!


Seramai 5 penghuni terdiri daripada sebuah rumah di Kampung Sentosa, Sibu hilang tempat berteduh selepas rumah yang didiami musnah terbakar sekitar jam 8:15 malam semalam. Satu-satunya rumah yang terlibat dalam tragedi berkenaan telah musnah 100% berikutan kesukaran untuk pihak bomba datang ke lokasi berkenaan. Faktor struktur rumah yang dibuat daripada kayu juga menjadi punca utama rumah berkenaan merebak dengan cepat.



Keadaan rumah yang sedang dijilat api sebelum pihak bomba tiba di lokasi

Punca awal yang dikenalpasti ialah berpunca daripada panahan kilat ke arah pokok bersebelahan rumah berkenaan dan lalu menghempap rumah mangsa. Kejadian yang cepat dalam sekelip mata tersebut menyebabkan tidak ada satu pun barangan yang sempat diselamatkan dan alhamdulillah yang paling penting ialah semua penghuni selamat dalam kebakaran.


Seramai 2 buah jentera bomba tiba untuk menjalankan tugas mereka memadam kebakaran dan mengawal daripada merebak ke rumah jiran

Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

SUHAIMI ZOHOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat