SEDEKAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI SIBU

RM1,080 / 21.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu mangsa kebakaran di Kampung Sentosa. Rumah mereka musnah teruk dan kini mangsa tinggal di rumah saudara sehelai sepinggang. Ayuh kita bantu!


Pada 31 Januari, terdapat sebuah kejadian kebakaran telah berlaku di Kampung Bahagia Tengah, Teku yang melibatkan 2 buah rumah kayu dan seramai 13 orang mangsa yang hanya tinggal sehelai sepinggang akibat daripada musibah berkenaan. Oleh itu, bantuan awal sangat diperlukan untuk keluarga ini membeli keperluan asas dan menyediakan tempat tinggal sementara sehingga bantuan daripada pihak kerajaan dapat disalurkan.



Punca awal yang dikenalpasti ialah berpunca daripada litar pintas yang telah usang akibat daripada keadaan rumah yang telah puluhan tahun. Kejadian yang cepat dalam sekelip mata tersebut menyebabkan tidak ada satu pun barangan yang sempat diselamatkan dan alhamdulillah yang paling penting ialah semua penghuni selamat dalam kebakaran. Namun, kami bersyukur kerana ianya tidak merebak ke rumah jiran yang berdekatan berikutan kita bimbang kerana struktur rumah di situ adalah kayu dan ianya mudah merebak.



Keadaan di mana pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah yang berdekatan.

Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka.



Keadaan pada pagi ini kesan daripada kebakaran yang berlaku.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2024

SITI FAUZIAH BINTI HAMIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2024

KHAIRUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat