TABUNG BINA SEMULA 2 BUAH RUMAH MANGSA KEBAKARAN YANG MERAGUT 3 NYAWA

RM7,005 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

263 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SUMBANGAN ANDA AMAT BERMAKNA BAGI MANGSA INI SETELAH KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL DAN JUGA AHLI KELUARGA YANG TIDAK DAPAT DISELAMATKAN SEMASA KEBAKARAN TELAH BERLAKU.


Kami sebagai satu Persatuan Kebajikan sedaya upaya untuk membantu masyarakat di khususnya di Bandar Sibu dan sekitarnya dengan rasa rendah diri berharap dapat bersama-sama tuan/puan/dato/datin agar dapat membantu meringankan beban saudara kita yang bukan sahaja telah kehilangan tempat tinggal, malah turut kehilangan ahli keluarga yang tersayang ketika berlakunya kebakaran tersebut.


Sehingga kini nasib 2 buah keluarga tersebut hanya menumpang rumah saudara dan ada juga yang menyewa. Ia bukanlah satu jalan yang baik untuk jangka masa panjang. Oleh itu kami tergerak hati melancarkan kempen ini dalam kita sama-sama membantu keluarga ini khususnya di bulan yang mulia ini.




Pada 01/03/2022 telah berlaku kebakaran yang melibatkan kediaman di Kampung Bahagia, Sibu dan melibatkan 2 buah rumah telah terlibat dalam kebakaran ini . Terdapat 3 buah keluarga yang terlibat dan seramai 7 mangsa telah berjaya diselamatkan dan manakala 3 lagi rentung dalam kebakaran tersebut. Ketika saat ini keluarga ini masih menyewa dan tinggal di rumah saudara dan ianya bukanlah satu perkara yang baik untuk jangka masa panjang bagi keluarga ini. Mereka haruslah mempunyai rumah sendiri untuk menjalani kehidupan hari-hari mendatang.



Dana RM 200,000 ribu tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan membina rumah di atas tapak asal tersebut bagi kemudahan keluarga tersebut. Rumah sendiri akan memberikan lebih keselesaan kepada mangsa ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.




RM 160,000 digunakan untuk membina rumah

RM 30,000 kos kontraktor menyiapkan rumah

RM 10,000 kos untuk memastikan tapak tersebut dibersihkan dari segala rangka yang telah hangus dijilat api.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Rafaie bin Amin

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM11.00

May 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat