Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Dec 06, 2024

BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR DENGAN KERJASAMA APM DAN JPJ

RM8,302 / 8.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

230 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mangsa sedang kelaparan dan kesejukan di pusat pemindahan. Ada yang masih menunggu bantuan sampai. Mari kita percepatkan pengumpulan dana ini agar dapat diagihkan segera!


BENCANA BANJIR SEMAKIN KRITIKAL


Tiada Makanan! Tiada Perlindungan! 


Bencana banjir meranapkan kehidupan sekelip mata, macam mana mereka nak hadapi semua ini?



Anda bantu, kami salurkan...


Sumbangan para penderma yang cakna dengan mangsa banjir telah PPIM sampaikan sebelum ini. Namun begitu,


BANJIR MELANDA KEMBALI!


“Banjir di sembilan negeri bertambah kritikal dengan bilangan mangsa sudah mencecah 123,729 orang, melibatkan 37,230 keluarga"



Bencana banjir meragut kehidupan dan perlindungan daripada mangsa sekelip mata. Mereka terpaksa redha menghadapi bencana ini saban tahun namun semua itu tidak bermaksud kehidupan mereka akan terus dibiarkan tanpa bantuan! Rumah mereka tenggelam dan ranap. Mereka juga tidak ada sumber makanan yang mencukupi untuk terus menampung mereka.


Mereka termasuk anak-anak, warga emas dan juga wanita yang tidak berkemampuan. Adakah kita mahu terus melihat?


TUAN PUAN! SEORANG BAPA NEKAD REDAH BANJIR BALIK RUMAH AMBIL SUSU & LAMPIN ANAK! 




Ayuh rakyat Malaysia, teruskan berdoa buat mereka, tunjukkan yang prihatin kita melalui Tabung Banjir PPIM dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) & Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).



BENCANA INI MASIH MELANDA MEREKA!



Lihatlah wajah mereka, tidakkah kita kesiankan anak-anak ini?

Mereka terus berpindah-randah sejak bencana banjir melanda. Kehilangan tempat tinggal menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri berkali-kali sehingga tiada lagi tempat untuk dituju. Keperluan saat ini adalah:


1. Bantuan makanan asas

2. Bantuan perubatan

3. Bantuan pakaian

4. Baik pulih & pembersihan kediaman


Ayuh infak walau serendah RM10. Semoga dengan infak dan sedekah anda, dapat memberi kembali harapan dan kekuatan kepada mereka serta memperoleh pahala dan menjadi amal jariah berpanjangan setelah kita tiada lagi di dunia ini.


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROHANA

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 21, 2024

Kempen Sumbangan Tamat