Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM545 / 1.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sabah kini sedang melalui saat yang amat mencabar. Dalam tempoh singkat, negeri ini dilanda tiga bencana besar secara serentak yang mengubah kehidupan ribuan orang awam.
Tanah runtuh yang merosakkan rumah, jalan utama dan kawasan perkampungan. Banyak laluan terputus, menyukarkan pasukan penyelamat sampai kepada mangsa. Lebih 230,000 penduduk terkesan akibat runtuhan yang memusnahkan pencawang. Ramai kini hidup dalam kegelapan, tanpa bekalan elektrik untuk memasak, mengecas telefon, atau menyalakan lampu pada waktu malam.
Penampang dan Beaufort antara kawasan yang paling teruk dilanda. Di Penampang sahaja, banjir sudah berlaku 4 kali dalam seminggu, menenggelamkan rumah, sekolah, serta memaksa keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara dengan keadaan serba kekurangan.

Kita hanya mampu membayangkan betapa sukarnya mereka bertahan. Ada yang kehilangan rumah, ada yang hilang mata pencarian, dan ada juga yang hanya mampu berlindung dengan pakaian di badan. Melihat kepada situasi kritikal ini, kami melancarkan inisiatif “Bantuan Kecemasan Banjir Sabah”.
Sasaran kami adalah untuk mengumpul:
1. RM80 untuk setiap mangsa
2. 500 mangsa
3. Termasuk kos logistik dan penghantaran ke kawasan terjejas

Tanpa sokongan segera, ribuan keluarga akan terus hidup dalam kegelapan, kelaparan, dan kesejukan banjir. Kanak-kanak dan warga emas adalah golongan paling terkesan, malah berisiko menghadapi masalah kesihatan akibat ketiadaan makanan berkhasiat, air bersih dan perlindungan asas.
Bayangkan, setiap RM80 yang anda salurkan mampu mengisi perut satu keluarga untuk beberapa hari, memberi selimut untuk menghangatkan tidur anak-anak, atau menyediakan lampu kecil agar mereka tidak bergelap di malam hari.

Setiap sumbangan anda, besar atau kecil, adalah cahaya harapan buat mangsa-mangsa banjir di Sabah. Inilah masa untuk kita berdiri bersama mereka. Ketika kita selesa makan di rumah dan tidur di tempat yang kering, ada ribuan keluarga di Sabah yang kini menanti huluran tangan kita untuk terus bertahan. Semoga setiap sen yang anda sumbangkan menjadi bekal pahala yang berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 26, 2025
NURNADWA ZAFIRAH SABRI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 19, 2025