ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 22, 2023

BANTUAN KECEMASAN LOKAL SERATA MALAYSIA

RM10 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap hujung tahun dijangka Pantai Timur Malaysia akan dilanda banjir. Bersama kita bantu ringankan beban mereka dengan sumbangan serendah RM10.


Kebiasaannya, apabila tiba penghujung tahun, penduduk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Selangor yang pernah merasai pengalaman banjir pasti mulai resah memikirkan kemungkinan bencana itu berlaku lagi tahun ini, terutamanya apabila tiba musim tengkujuh.


Meski ada yang terpaksa melaluinya hampir setiap tahun, namun kesan terhadap emosi penduduk terjejas tetap dirasai. Mana tidaknya, kehilangan dan kemusnahan harta benda yang dialami kadangkala bukan sedikit. Malah, jika banjir melanda di awal dan akhir tahun, pasti sahaja ia memberi tekanan berganda buat penduduk terjejas yang sudah sedia bergelut dengan keadaan kewangan yang sangat perit.



Sejak 1984, Islamic Relief antara yang terawal menghulurkan bantuan kecemasan kepada mereka yang memerlukan. Antaranya, membantu isu kebuluran di Afrika, menyumbangkan ambulans ketika tsunami melanda Aceh, serta menghulurkan bantuan pada hari pertama gempa bumi melanda Turkiye dan Syria awal tahun ini. Tidak kurang juga di negara kita, Islamic Relief Malaysia turut proaktif menyalurkan bantuan kecemasan antaranya melibatkan bencana banjir dan kebakaran.



“Kebiasaannya, sebelum ini ketika banjir melanda, paras air naik secara perlahan. Jadi, kami ada masa untuk mengemas dan menyelamatkan barang-barang, tetapi kali ini berbeza. Kami pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja,” kata Norizan Robani, penduduk di Kampung Spang Loi, Segamat, Johor.


“Barang dalam rumah semua rosak. Nak beli bukan senang, lama kami kumpul duit. Tapi, apa boleh buat, Allah nak uji kita,” kata Zaidah Abdul Majid, penduduk di kampung Sri Puchong, Selangor.


Antara bantuan yang diberikan kepada penduduk terjejas:


1. Pek Makanan & Minuman

2. Baucar wang tunai

3. Kit ibadah dan kebersihan

4. Alatan elektrik dan perkakas rumah

5. Ubat-ubatan

6. Operasi Pembersihan



Bagi memastikan bantuan diberikan secara menyeluruh dan mengelakkan pertindihan barangan sumbangan atau keciciran nama penerima, Islamic Relief Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain di negeri-negeri yang terlibat.


Memandangkan bencana berlaku diluar jangkaan kita. Jadi, Islamic Relief Malaysia menyeru anda semua untuk sama-sama kita bersiap-siaga dan menyokong kempen Bantuan Kecemasan Lokal untuk kesediaan dana agar bantuan dapat disalurkan cepat ketika keadaan kecemasan sedang berlaku.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat