ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 14, 2023

TABUNG KECEMASAN GEMPA BUMI MOROCCO BANTU SEGERA

RM790 / 7.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa kuat meranapkan beberapa buah kampung di Morocco. Mereka kini berada dalam keadaan trauma selepas berlakunya tragedi gempa. Bantu mereka ringankan bebanan yang mereka alami.


Lebih 2,900 penduduk Morocco telah terkorban, manakala seramai 2,500 lagi cedera. Ekoran kejadian gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang melanda Morocco pada hari Jumaat, 8 September 2023 jam 11 malam waktu tempatan.



Jumlah penduduk terkorban dan cedera dijangka akan terus meningkat kerana kerja-kerja mencari dan menyelamatkan penduduk di bawah timbunan runtuhan rumah dan bangunan sedang giat dijalankan. Dikatakan, masih ada mayat yang tertimbus di bawah serpihan bangunan runtuh. Baunya juga dapat dihidu sepanjang jalan oleh kakitangan Islamic Relief yang meninjau kawasan tersebut.



Menurut kakitangan Islamic Relief yang berada di lapangan, penduduk setempat masih dalam keadaan takut dan trauma untuk pulang ke rumah masing-masing kerana bimbang ada gempa susulan selain retakan di rumah dan bangunan yang teruk menyebabkan ia akan runtuh bila-bila masa sahaja.



Ketika ini, Islamic Relief sedang giat menjalankan penilaian keperluan semasa dan mengedarkan bantuan kecemasan seperti tilam dan selimut kepada penduduk terjejas.



Pelbagai cabaran dilalui kakitangan Islamic Relief di lapangan. Antaranya, kekangan untuk masuk ke kawasan bencana yang berbukit dan dipenuhi timbunan serpihan bangunan runtuh. Proses pembelian barangan bantuan juga bukan mudah kerana lokasi agihan bantuan jauh daripada bandar. 


Teruskan membantu penduduk Morocco dan menyokong kerja-kerja penyaluran bantuan daripada Islamic Relief. Setiap sumbangan yang anda hulurkan, meski hanya serendah RM10, memberi makna besar buat mereka di sana. Sama-sama kita ringankan beban mereka yang sedang diuji.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

NAZY SARPUAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat