PERTUBUHAN IHSANKU MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 05, 2025

BANTUAN KECEMASAN NUSANTARA DIPERLUKAN UNTUK MANGSA BANJIR KRITIKAL

RM35 / 0.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2 Penyumbang

55 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan Kecemasan Nusantara! Ribuan keluarga di Malaysia, Sumatera, Acheh & Thailand terjejas banjir dan krisis. Bantu salurkan makanan, ubat & perlindungan. Sedikit daripada anda, besar untuk mereka.


Mangsa banjir memerlukan bantuan daripada anda sekarang.. .


Di sebalik lautan yang memisahkan Malaysia, Sumatera, Acheh dan Selatan Thailand, kita sebenarnya berkongsi suatu perkara yang sama iaitu akidah, doa dan rasa kemanusiaan. Namun hari ini, sebahagian saudara kita di rantau Nusantara jua sedang berdepan bencana, konflik, kemiskinan melampau dan krisis hidup yang meragut ketenangan mereka.



 BILA NUSANTARA DILANDA UJIAN, KITA SEMUA TERASA SAKITNYA 


Setiap kali berita banjir besar, ribut, tanah runtuh, krisis ekonomi dan konflik tempatan melanda Malaysia, Sumatera, Acheh & Selatan Thailand, sebenarnya ada ribuan keluarga yang sedang:


1. Hilang sumber pendapatan sekelip mata

2. Tidak mampu membeli makanan asas

3. Terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara yang sesak

4. Bergelut untuk mendapatkan ubat-ubatan asas

5. Hidup dalam rumah usang yang hampir roboh


Bagi kita di sini, mungkin sekadar tajuk berita sehari dua. Tetapi bagi mereka di sana, itulah hidup yang perlu mereka tempuhi hari demi hari.




“Kami bukan ingin bermewah, kami cuma mahu pastikan anak-anak tidak tidur dalam lapar.”



 MUSIBAH MEREKA BUKAN PILIHAN, TAPI REALITI YANG TERPAKSA DITEMPUHI 


Tidak ada siapa meminta dilahirkan di kawasan bergolak, di kampung yang mudah dilanda banjir, atau di penempatan yang serba kekurangan. Namun, hakikatnya hari ini masih ramai keluarga yang hanya makan sekali sehari, ada ibu bapa yang sanggup berlapar supaya anak-anak dapat menjamah sedikit nasi, ada pesakit kronik yang terputus bekalan ubat asas, ada bayi dan warga emas yang tinggal di tempat yang tidak sesuai dan tidak selamat. Di sinilah peranan saudara seakidah menjadi begitu besar. Bukan sekadar simpati, tetapi tindakan yang menterjemahkan kasih sayang.



KENAPA PERLU BANTU JUGA SAUDARA KITA DI SUMATERA, ACHEH DAN SELATAN THAILAND?


Dalam peta, kita dipisahkan oleh garis sempadan. Dalam neraca Allah, kita dinilai sebagai satu umat. Kerana derita mereka mengancam nyawa. Tanpa makanan, tanpa perlindungan, tanpa ubat dan barangan asas, keluarga yang lemah; terutama kanak-kanak dan warga emas, sangat mudah menjadi mangsa keadaan.


Kerana bantuan kecil kita adalah harapan besar untuk mereka. Sedikit yang kita keluarkan mungkin kelihatan biasa di mata manusia, tetapi di sisi Allah ia boleh menjadi sebab dosanya diampunkan dan kehidupannya dipermudahkan.



AYUH BERSAMA DALAM BANTUAN KECEMASAN NUSANTARA 


Hari ini mungkin mereka yang diuji di Sumatera, Acheh, Selatan Thailand dan beberapa pelosok Malaysia. Esok lusa, kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaan kita. Selagi Allah izinkan kita bernafas dan masih punya sedikit rezeki untuk dikongsi, gunakan peluang ini untuk membantu saudara Nusantara kita. Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara se-Islam kita di Nusantara.



Atas rasa tanggungjawab dan amanah sebagai sebahagian daripada ummah, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dengan kerjasama ASAR Humanity (Indonesia) dan Civil Society Assembly For Peace (CAP) menggerakkan Kempen Ihsan Relief iaitu Bantuan Kecemasan Nusantara.


Malaysia, Sumatera, Acheh, Selatan Thailand


Sasaran Dana Bantuan: RM100,000 



Setiap infaq yang dihulurkan bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga hadiahkan rasa empati buat mereka. Dalam satu peta, kita mungkin dipisahkan lautan. Dalam rahmat Allah, kita tetap satu keluarga Nusantara.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2025

MOHD ASRAF BIN GALTANI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 05, 2025