BELANJA KELAS MENGAJI AL QURAN BRAILLE

RM330 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Orang OKU beragama, orang OKU berpengetahuan ilmu agama. Jangan cacat sampai ke akhirat, biarlah buta mata jangan buta ilmu. Bantu kami segera.


Pertis Wilayah Kelantan ialah sebuah pertubuhan sukarelawan yang menjadi platform bagi golongan cacat penglihatan Islam di negeri untuk mencapai misi. Hal ini bagi menjalankan usaha-usaha ke arah menjadikan orang kurang upaya di Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan warga lainya. Ia juga bermatlamat untuk memperbaiki taraf kebajikan, pendidikan, sosio ekonomi serta kefahaman Islam masyarakat cacat penglihatan Islam.



Alhamdulillah, kami berjaya menerbitkan Al-Quran Braille yang boleh dibaca oleh mereka yang cacat penglihatan. Namun, naskah yang dihasilkan adalah terhad kerana kekurangan modal untuk diterbitkan.




Selain itu, kami menganjurkan ceramah agama dan motivasi di masjid-masjid yang disampaikan oleh ahli-ahli persatuan yang berpengalaman. Menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam adalah menjadi agenda utama persatuan. Kami juga menganjurkan kelas-kelas keagamaan seperti kelas Bahasa Arab, Braille, Tajwid dan sebagainya. Mengadakan Program Qiamulail dan Fardu Ain anjuran persatuan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Sep 29, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat