Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jan 31, 2023

RAYUAN DERMA KELAS BIMBINGAN MUKALLAF

RM710 / 7.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk merayu infaq untuk menjayakan Kelas Bimbingan Mukallaf (KBM) dari kalangan asnaf terpilih supaya mereka ini bukan sahaja dibantu tetapi juga dibimbing untuk dunia dan akhirat.


Assalamualaikum wbt. Objektif utama penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah untuk dakwah, pendidikan, kebajikan dan kerjasama demi agama dan ummah. PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) sedang melaksanakan semua empat objektif ini. Antaranya ialah kelas-kelas bimbingan untuk muallaf sebanyak 13 sesi satu bulan.


Selain muallaf iaitu mereka yang dijinak hati kepada Islam atau baru sahaja memeluk Islam, PERKIM BTP juga membantu para asnaf miskin. Ramai di antara asnaf ini ada yang sudah berumur tetapi agama mereka kosong. Ada pelbagai sebab mereka jadi begitu, tetapi lazimnya dipersalahkan ialah faktor kemiskinan. Bahkan ada di antara mereka yang ingin murtad. Astaghfirullah!



Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)


Ternyata dari hadis di atas, jika seorang fakir dan miskin itu kekal dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan ibadah-ibadah yang fardu ke atasnya, tiada sebab untuk dia tidak tergolong dari kalangan ahli syurga. Hadis di atas merupakan satu motivasi untuk Asnaf fakir dan miskin, dan tidak menolak bahawa orang kaya yang taat juga akan ramai menjadi penghuni syurga, insya Allah.



Salah satu objektif PERKIM ialah pendidikan. PERKIM BTP komited untuk membimbing dan mengislahkan mereka yang bergelar asnaf fakir/miskin ini supaya mereka berilmu dan faham kemiskinan hanya ujian sementara di dunia ini. Firman Allah SWT di dalam Surah Az Zariyat, ayat ke 56, maksudnya:


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”


Ujian yang menimpa ke atas kita sebenarnya termasuklah sebahagian dari tujuan kita diciptakan kerana sabar itu juga adalah ibadah. Namun, hanya dengan ilmu agama kita akan faham tujuan kehidupan kita.



Mukallaf adalah mereka yang telah mencapai umur yang mana wajib melaksanakan perintah Allah. Namun, untuk KBM ini, had umur minima adalah 40 tahun dan ke atas. Umur 40 tahun adalah check point pertama seorang Islam. Jika tidak berubah setelah mencapai umur ini, sukar berubah apabila lanjut usia lagi. Namun masih boleh dibimbing selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sebagai permulaan, kelas akan diadakan setiap Ahad, 8.30 pagi–10.30 pagi. Kami ingin mulakan kelas ini sebelum Ramadhan, jika ada kemampuan.


Untuk menarik kehadiran mereka ke KBM ini, pihak PERKIM BTP akan memberikan bantuan makanan untuk sebulan setelah tamat 4 kelas sebulan. Kami juga mempertimbangkan untuk diberikan elaun kehadiran RM10 untuk setiap kehadiran. Guru-guru yang akan mengajar nanti adalah dari pihak PERKIM BTP sendiri serta dari luar yang memiliki tauliah mengajar JAIS yang sah. Modul pengajaran akan mencakupi aqidah, feqah dan akhlak (asas, pertengahan dan lanjutan) serta mengaji Al-Quran bermula dari Iqra’.



Usaha murni ini hanya akan berjaya dengan sokongan para dermawan yang bermurah hati. Jangan lupa, infaq anda untuk menjayakan KBM ini bukan sekadar infaq biasa, tetapi akan menyumbang untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Iaitu, salah satu amalan yang tidak putus pahalanya.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 19, 2023

NATASYA BINTI MOHD NASIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat