Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada May 04, 2023

RAYUAN INFAQ KELAS MUALLAF ORANG ASLI

RM655 / 10.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk merayu infaq segera bagi menghidupkan semula kelas bimbingan fardu ain Orang Asli di Kg Hulu Kuang yang sudah dua tahun tidak berjalan kerana ketiadaan guru mengajar dan dana.


Jom membantu dalam penyebaran ilmu yang bermanfaat dan meraih pahala berterusan. Hampir 70% penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kuang, di Gombak ini sudah memeluk Islam. Tinggal lagi 30% yang belum memeluk Islam, termasuk Tok Batin mereka.




SUDAH 2 TAHUN KELAS TERHENTI


Sejak 2 tahun yang lalu, kelas fardu ain di sini yang diadakan khusus untuk muallaf orang asli, telah tertangguh hingga kini. Antara sebabnya adalah tiada guru dan juga tiada dana untuk membayar elaun guru.




PERKIM BTP khuatir, jika perkara ini tiada perhatian maka 70% yang sudah Islam pun akan mulai lemah agama mereka. Manakala mereka yang belum Islam pula akan mendapati yang sudah memeluk Islam pun ‘terbiar’, maka nasib mereka juga akan sama jika memeluk Islam.



Salah satu objektif PERKIM ialah pendidikan. PERKIM BTP komited untuk membimbing dan mengislahkan mereka yang bergelar Muallaf dan Mukallaf supaya mereka berilmu dan faham agama. Sebagai permulaan, kelas akan diadakan setiap Ahad, 8.30 pagi–10.30 pagi. Guru akan dibayar elaun oleh PERKIM BTP mengikut kadar yang sesuai dengan mengambil kira jalan masuk ke kampung ini agak terpencil, sememangnya guru mengambil risiko tambahan untuk menyampaikan ilmu.



Guru yang akan mengajar nanti adalah dari pihak PERKIM BTP sendiri yang memiliki tauliah mengajar JAIS yang sah. Modul pengajaran akan merangkumi Aqidah, Feqah dan Akhlak (asas, pertengahan dan lanjutan) dengan menggunakan buku teks MAIS serta mengaji Al-Quran bermula dari Iqra’.



Usaha murni ini hanya akan berjaya dengan sokongan para dermawan yang bermurah hati. Jangan lupa, infaq untuk menjayakan kelas ini. Anda akan menyumbang untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat, iaitu, salah satu amalan yang tidak putus pahalanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat