ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Nov 24, 2022

KELAS MENJAHIT UNTUK WANITA YANG MISKIN DI NEPAL

RM140 / 0.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM16,500

11 Penyumbang

64 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari membantu kaum wanita di Nepal untuk mencari sumber rezeki yang lebih elok dan sesuai buat mereka. Bantu mereka belajar untuk mempelajari skil menjahit.


Keadaan ekonomi yang buruk di Nepal telah memaksa rakyatnya untuk mencari pelbagai jalan demi mencari rezeki. Kebanyakan kaum lelaki terpaksa berhijrah keluar ke luar negara untuk bekerja. Kaum wanita di kawasan luar bandar pula yang terpaksa untuk bekerja di sawah padi dan ladang-ladang.



Pekerjaan yang membebankan dan penat ini tidak sesuai dengan kaum wanita yang mempunyai pelbagai tanggungjawab yang lain. Iltizam Relief telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan wanita seperti ini terutamanya wanita Muslim untuk mendapatkan cara yang lain demi mencari rezeki.



Kelas menjahit ini akan diadakan di daerah Kapilvastu. Para peserta akan menjalani kursus asas menjahit. Mereka akan belajar untuk menjahit sebanyak 17 jenis pakaian. Kelas ini akan berlangsung selama 3 bulan. Seramai 20 peserta untuk satu kelas. Kami memerlukan RM805 untuk kos bagi seorang peserta. Melalui program ini juga, kami akan memilih 5 orang pelajar terbaik dan akan diberikan hadiah berupa mesin jahit yang berharga RM3500.



Kami menyeru kepada Tuan/Puan yang baik hati untuk membantu saudara kita di Nepal untuk mencari sumber rezeki yang lebih baik.

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ أَوْ قَالَ عَامِلِهِ 

Maksud: Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya seperi pahala pembuatnya (kebaikan) -atau sabda baginda- orang yang mengamalkannya.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022