PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Mar 19, 2025

SUMBANGAN UNTUK KELAS PPKI

RM490 / 0.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak-anak Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berhak belajar dalam suasana yang lebih selesa, ceria, dan kondusif. Namun, mereka masih kekurangan kelengkapan. Jom bantu!


Kempen kali ini kami mencari sumbangan untuk menaiktaraf kelas pengurusan diri serta kemudahan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas di bawah PPKI. Sumbangan amat diperlukan untuk memasang grill tingkap dan memasang aircond untuk keselesaan pembelajaran anak anak.




Buat masa ini, kami amat memerlukan grill tingkap demi memastikan keselamatan anak-anak. Tingkap yang sedia ada boleh dibuka dengan mudah, menimbulkan risiko mereka keluar dan menuju ke bahu jalan tanpa kawalan. Keadaan ini amat membimbangkan dan memerlukan penyelesaian segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.



Selain itu, penggunaan penghawa dingin juga menjadi satu keperluan penting kerana bilik yang sempit dan kurang pengudaraan yang baik. Dengan cuaca yang semakin panas kebelakangan ini, keadaan dalam bilik menjadi kurang selesa, sekali gus memberi kesan kepada kesejahteraan penghuni. Kami amat berharap agar keperluan ini dapat dipenuhi demi keselamatan dan keselesaan semua.



“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”

(Hadis Riwayat Thabrani)




Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar-pelajar berkenaan. Setiap ringgit yang anda hulurkan akan membantu menyediakan peralatan pembelajaran, dekorasi kelas, serta keperluan asas lain untuk anak-anak istimewa ini. Klik pautan di bawah untuk menyalurkan sumbangan anda hari ini!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR FARHANA BINTI OTHMAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 28, 2025

NORAZLINA MANAN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2025

Kempen Sumbangan Tamat