ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 08, 2022

BANTUAN KELENGKAPAN SOLAT DAN MENGAJI UNTUK TAHFIZ MISKIN

RM1,680 / 21.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Telekung, kain pelikat, Quran dan kitab dah usang, ada pulang yang hilang terhanyut banjir. Mari meraih pahala dan berkah yang terus mengalir, jom sokong kelengkapan ibadah untuk tahfiz miskin!


Banjir yang menghempas sebahagian besar bangunan Maahad Al Insyirah di Desa Leuwiliang, Bogor, Indonesia menjadi rosak teruk. Banjir ini juga menghanyutkan pelbagai kelengkapan ibadah, Quran, dan kitab-kitab milik pelajar tahfiz. Saat banjir menghentam, mereka cuma berupaya menyelamatkan sebarang benda yang boleh dibawa. Namun tidak banyak yang dapat mereka selamatkan. Kegiatan belajar pun tidak dapat dilakukan dikarenakan bangunan yang rosak serta kitab-kitab dan Al Qur’an hanyut terbawa banjir bandang.




Kekurangan ini juga dirasakan oleh pelajar tahfiz Maahad Ad Darusiyah dan Maahad Sohibul Quran di Cianjur. Pelajar tahfiz yang belajar dan bermukim di kedua maahad ini berasal dari keluarga miskin dan beberapa dari mereka adalah anak yatim. Keterbatasan kewangan keluarga memaksa mereka bertahan dengan kelengkapan seadanya. Peralatan ibadah yang dah usang, bau, mereka pakai terus untuk solat dan beribadah sehari-hari. Bukan mereka tak mau mengganti dengan yang baru tapi terpaksa karena kekangan kos.




Masih keraskah hati kita melihat berita ini. Anak-anak soleh dan solehah yang sedang berjuang mempertahankan ilmu agama. Mari kita bantu kelengkapan solat dan mengaji untuk tahfiz miskin di sebaran maahad yang tak berkemampuan.





InshaAllah sumbangan dari Anda akan diagihkan dalam bentuk: telekung, sejadah, kain pelikat, baju ibadah, serta Quran dan kitab-kitab.


“Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatang kan keburukan ialah balasan (siksaaan) bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan” (HR Ibnu Majah)


InshaAllah keikhlasan dan dukungan anda akan Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 29, 2022

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat