PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada May 31, 2022

TABUNG BANTUAN KEMANUSIAAN UMMAH

RM19,421 / 29.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM65,000

926 Penyumbang

134 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga sedekah ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para penyumbang, kami di Persatuan Penduduk Kampung Raja Hilir, Machang, Kelantan ingin menjalankan kempen tabung bantuan kemanusiaan terutamanya untuk penduduk Kg. Raja Hilir, penduduk-penduduk sekitar dan masyarakat yang memerlukan.



Pihak Persatuan Penduduk Kg. Raja Hilir akan menjadi barisan hadapan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami mensasarkan untuk kegunaan:

1. Menaik taraf infrastruktur di kampung-kampung untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

2. Bantuan makanan asas kepada mereka yang memerlukan yang terkesan dengan ekonomi pada hari ini serta kesan pandemik yang kita lalui baru-baru ini.

3. Bantuan persekolahan untuk penduduk kampung dan penduduk sekitar

4. Bantuan bencana alam yang mana kita tengok sebelum ini bantuan awal amat-amat diperlukan pada mangsa bencana untuk meneruskan kehidupan.



Untuk menaik taraf kawasan sekitar ia termasuklah untuk menaik taraf kawasan seperti kawasan masjid, madrasah Kg. Raja Hilir dan madrasah sekitar. Dana ini juga dapat membantu pihak persatuan untuk membina sebuah bangunan untuk dijadikan pusat bagi kegunaan persatuan khususnya dan penduduk kampung amnya.



Niat kami juga adalah untuk membantu penduduk-penduduk yang berhadapan dengan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan. Gerakan dari persatuan membantu kita untuk tidak terlepas pandang pada mana-mana individu-individu yang memerlukan bantuan. Majoriti penduduk di sini hanya melakukan kerja-kerja kampung (penoreh getah, petani, tukang rumah kampung) yang bergantung juga pada keadaan cuaca bagi menentukan pendapatan mereka. Bagi mereka yang terkesan dengan bencana alam juga dapat dibantu untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan pertolongan membersihkan rumah,bantuan awal barangan asas serta bantuan wang kecemasan.



Oleh itu, marilah sama-sama kita mengumpul pahala dengan bersedekah dan menyumbang untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas segala jasa dan usaha murni ini dengan ganjaran pahala yang berganda. InsyaAllah Amiin. 


Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

FAZLIAZA MOHAMAD ARIF

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2022