Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 07, 2022
RM10,750 / 107.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
486 Penyumbang
Kempen Berjaya
“Saya dah lama tak merasa dapat pakai baju raya baru kak” ini adalah luahan ikhlas dari adik Nurul. Sebak hati kami mendengarnya. Marilah kita sama-sama mengembirakan hati & menghadiahkan baju raya baharu buat mereka..
Assalamualaikum wbt Para Penyumbang, lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu semula dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan kita juga akan menyambut hari perayaan Aidilfitri.
Kami dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan rendah hati ingin mengajak para penyumbang bersama dengan kami untuk membantu anak-anak yatim, asnaf & golongan yang kurang berkemampuan. Sayu hati kami melihat wajah-wajah bersih mereka memakai baju yang sudah lama & lusuh.
Oleh itu, melalui dana yang terkumpul, PPIM akan memberi baju raya baharu kepada anak-anak yatim, asnaf & golongan yang kurang berkemampuan ini. Harapan kami agar mereka juga dapat sama-sama meraikan kemeriahan merayakan hari raya dengan memakai baju baharu seperti kita semua. Semoga dengan sumbangan dari anda dapat mengukir senyuman di wajah mereka dan sedikit sebanyak akan menjadi asbab pahala untuk kita.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)
Lihatlah wajah gembira mereka. Ayuh kita salurkan sumbangan di sumbangan.com.
Terima kasih semua. Terima kasih dermawan dunia akhirat.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2022