RAYUAN DANA MAKANAN HAIWAN TERBIAR

RM101 / 3.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama memberikan kegembiraan kepada makhluk Allah yang terbiar ini. Mungkin ia tidaklah seberapa bagi kita. Namun, amat bermakna bagi haiwan ini semua.


Dalam menyediakan landasan bagi membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan, kami juga sentiasa mengambil berat dan perhatian kepada haiwan jalanan yang terbiar. Risiko kehidupan haiwan ini diseksa, dibunuh, dan segala ancaman bahaya amat tinggi peratusannya. Lebih-lebih lagi bila ia berada di dalam keadaan yang lapar dan pergi ke sana sini untuk meminta-minta sehingga menimbulkan kebencian dan kemarahan segelintir masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.



Bagi mewujudkan suasana yang lebih baik dan selesa. Pihak kami mempunyai perancangan untuk menyediakan sebuah tapak atau tempat pelindungan yang akan membela nasib setiap haiwan jalanan yang tiada pembelaan dan terdedah kepada pelbagai risiko yang tidak sepatutnya ini. Walau bagaimana pun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan dalam keadaan kewangan yang tidak kukuh dan ekonomi yang tidak menentu sekarang.



Apa yang mampu dilakukan buat masa sekarang adalah membantu dengan sehabis baik dalam menyediakan makanan secara berskala. Sentiasa menjadi kerisauan bila memikirkan nasib haiwan-haiwan ini yang hidup tanpa makanan dan juga tanpa sebarang pembelaan.



Atas sebab itu juga, dengan pembelian makanan ini, sekurang-kurangnya akan membantu ia tetap bersemangat menjalani kehidupan seharian yang amat mencabar.



"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM11.00

Jan 09, 2024

BEH JIN YEE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2024

NORAMALINA BINTI DOLLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2024

NORSALINA BINTI SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat