Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
National Kidney Foundation of Malaysia
Dimulakan pada Feb 13, 2025
RM397 / 0.79 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
31 Penyumbang
44 Baki Hari
Program ini hadir dengan satu tujuan murni iaitu memberikan selimut berkualiti kepada pesakit dialisis, agar mereka dapat berasa lebih selesa dan hangat ketika menjalani rawatan yang panjang. Bayangkan mereka duduk berjam-jam di kerusi rawatan, tubuh lemah dan kesejukan menyelubungi mereka. Selimut ini mungkin nampak kecil, tetapi bagi mereka, ia adalah pelukan keprihatinan, satu tanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan ini.

Setiap helai selimut bernilai RM25, dan NKF memerlukan 2,000 helai untuk memastikan setiap pesakit di pusat dialisis kami dapat merasakan manfaat ini.

Di sebuah pusat dialisis NKF, seorang pesakit buah pinggang, memulakan sesi rawatan dialisis mingguannya seperti biasa. Namun, setiap kali jarum menusuk lengannya dan mesin mula berfungsi, kesejukan mula menyelinap ke seluruh tubuhnya. Gigil demi gigil menyerang, membuatkan dia memerlukan selimut di pangkuannya untuk menghalang rasa dingin yang menyusup hingga ke tulang.

Melalui kempen ‘Satu Pesakit, Satu Selimut’, tiada lagi tubuh yang menggigil kesejukan ketika menjalani rawatan. Selimut yang diterima bukan sekadar memberi kehangatan, tetapi juga menyentuh hati, membawa rasa tenang dan dihargai kerana ada yang sudi mengambil berat.

Setiap ringgit yang anda hulurkan bukan sekadar sumbangan, tetapi harapan dan kelegaan bagi mereka yang sedang bertarung dengan penyakit ini. Walau sekecil mana pun bantuan anda, ia mampu membawa senyuman dan ketenangan kepada mereka yang memerlukannya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025