Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
National Kidney Foundation of Malaysia
Dimulakan pada Aug 11, 2025
RM150 / 0.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
12 Penyumbang
256 Baki Hari
“Saya sangat bersyukur dapat rawatan di NKF. Mereka bukan sahaja merawat kesihatan saya, malah memberi kekuatan untuk saya terus bertahan,” kata Puan Norfiza Harun.
Sejak Julai 2024, beliau menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis NKF – Rotary Damansara. Walaupun pernah mengalami komplikasi selepas prosedur fistula dan terpaksa menjalani angioplasti, rawatan di NKF banyak membantu beliau. Layanan mesra, penuh empati dan profesionalisme pasukan perubatan di NKF memberikan kelegaan yang besar. “Di NKF, saya rasa selamat dan dijaga. Mereka sangat prihatin dan memahami,” tambahnya penuh penghargaan.

Pada usia 50 tahun, Puan Norfiza disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) serta kanser payudara tahap 3. Sebelum itu, beliau telah lama bergelut dengan diabetes dan komplikasi lain termasuk masalah penglihatan. Hidupnya berubah sepenuhnya, namun beliau tetap tabah berjuang demi keluarga. Suaminya sendiri menghidap sakit jantung dan tidak mampu bekerja, manakala anak sulung terpaksa menangguhkan pengajian untuk menjaga adik yang menghidap Palsi Serebrum. Dua lagi anaknya juga masih memerlukan perhatian rapi.

Kisah Puan Norfiza hanyalah satu daripada ribuan pesakit yang memerlukan sokongan kita. Dengan bantuan anda, lebih ramai pesakit buah pinggang dapat menerima rawatan berkualiti di NKF, sekali gus memberi mereka peluang untuk terus bertahan dan hidup dengan lebih bermakna.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2025