PENGGANTIAN KEMUDAHAN USANG SURAU SEKITAR ZON TENGAH SARAWAK

RM4,575 / 18.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

202 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama-sama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita,malah untuk kebaikan umat Islam.


PELUANG UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DALAM MEMBANTU MEMPERKUKUHKAN RUMAH IBADAH UMAT ISLAM DI SARAWAK.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit. 


Bukan itu sahaja, dalam usaha untuk memastikan pihak surau dapat menjimatkan kos utiliti, maka inisiatif pengedaran lampu solar turut diusahakan untuk dipasang di sekeliling perkarangan surau untuk menjimatkan kos elektrik.



Pemberian set amplifier dan speaker yang baru antara yang kami usahakan. Pihak kami memperuntukkan setiap surau dianggarkan bajet sekitar RM5,000.00 sahaja. Pada mulanya, kami berjaya menggantikan peralatan usang di 5 buah surau dan kali ini kami menyasarkan 5 buah surau lagi untuk mendapat penggantian peralatan melalui kempen yang kami jayakan kelak. 


Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat