Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada May 13, 2022

INFAK PEMBELIAN KENDERAAN BAGI KEGUNAAN KEBAJIKAN

RM1,985 / 2.48 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM80,000

95 penyumbang

130 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Marilah sama-sama kita membantu menyumbang dan menyokong inisiatif yang mulia ini dalam menjayakan misi kami. Ayuh, bersama kita bantu mereka yang memerlukan pertolongan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apabila berlaku banjir besar di penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, ternyata yang paling diperlukan adalah kenderaan jenis pick up 4x4. Hal ini kerana kendaraan jenis ini amat sesuai buat buat mereka. Baru-baru ini kami telah melaksanakan misi dan visi kami ke kampung Orang Asli.


Perjalanan ke kampung ini sahaja terlalu mencabar, hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda sahaja. Dan ketika dalam perjalanan dari jalan utama ke kampung ini kereta kami mengalami kerosakan . Padahal hanya 2km dari simpang jalan utama sahaja.


Tujuan kami mendapatkan kenderaan ini adalah akan digunakan untuk :

- Misi bantuan ke pedalaman iaitu kampung-kampung orang asli

- Misi bencana seperti banjir, khususnya ketika banjir monsun

- Untuk kegunaan Infaq  Rezeki (Food Bank) mengambil, membeli serta menyalurkan barang makanan


Antara program yang dalam perancangan jika kami mendapat kenderaan ini dengan kadar yang segera adalah "Misi ke rumah kampungan dalaman, misi bantuan banjir seluruh malaysia dan misi infaq rezeki seluruh malaysia", Program "Infaq Rezeki" kerana kami dapat menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa serta membuat para peniaga yang tiada kenderaan untuk bergerak ke sana dan ke sini. Kenderaan ini bukan sahaja buat kami tapi manfaat buat kesemua aktivis serta golongon yang memerlukan.


Harapan kami perlukan bantuan dana untuk membeli kenderaan Toyota Hilux dan meneruskan misi kami membantu orang yang memerlukan bantuan


Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 22, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 20, 2022