Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM688 / 6.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
34 Penyumbang
93 Baki Hari
Bayangkan… anak-anak kecil yang datang dari keluarga miskin, duduk bersila di ruang belajar yang sederhana, membaca al-Qur’an dengan penuh semangat, walaupun perut mereka kosong.

Inilah realiti yang berlaku di banyak madrasah dan pusat Al-Qur’an yang menampung anak-anak dari keluarga susah. Mereka belajar dan tinggal di sana secara percuma, dengan harapan dapat mengubah masa depan mereka melalui ilmu dan hafazan. Namun di sebalik senyuman mereka, ada hari di mana tiada lauk untuk dimakan. Hanya nasi dan sayur, kadang-kadang nasi dengan ikan masin, malah ada waktunya hanya nasi dan bawang goreng yang menjadi santapan.

Untuk madrasah kecil dengan 20 hingga 25 pelajar, sekurang-kurangnya 10 kilogram beras diperlukan setiap bulan. Tapi tanpa bantuan penderma, mereka sering terpaksa berjimat, mengorbankan keperluan asas demi memastikan pendidikan tetap berjalan. Kekurangan zat dan pemakanan menyebabkan ramai antara mereka mudah jatuh sakit dan sukar menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Melalui kempen Zero Hunger di Madrasah & Pusat Al-Qur’an, ASAR Humanity ingin mengajak anda untuk memberi infaq dan sedekah makanan bagi menyokong madrasah di Jawa Barat, tempat anak-anak dari pelbagai daerah datang untuk menuntut ilmu dan mencari sinar masa depan.
“Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga pada hari kiamat.” (HR. Tirmizi)

Mari kita bantu kenyangkan perut mereka, agar mereka dapat terus belajar dengan hati yang tenang dan tubuh yang sihat. Kerana setiap suapan yang kita berikan, bukan sekadar mengisi perut tetapi menanam harapan, menyuburkan iman, dan membina generasi Islam yang lebih kuat. Satu sedekah anda hari ini, boleh menjadi sumber tenaga untuk para penghafaz al-Qur’an esok hari.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM33.00
Oct 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2025