MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 04, 2024

KEPERLUAN HARI RAYA PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM1,511 / 21.59 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

56 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERINFAQ UNTUK KEPERLUAN DI HARI LEBARAN BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAAHAD KAMI INI DENGAN SEDEKAH UNTUK MENCERIAKAN HARI RAYA AIDILFITRI MEREKA.


Pihak maahad dengan rendah hati ingin mengajak para dermawan menyumbang untuk tabung infaq bagi membantu menceriakan 22 orang pelajar yatim dan 30 para pelajar asnaf untuk persiapan mereka menyambut Hari Raya. Dana yang terkumpul pihak maahad akan digunakan untuk membeli keperluan hari raya bagi para pelajar yang datang daripada latar belakang yang susah dan kurang bernasib baik..



Kami sedar bahawa tidak semua pelajar kami memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk merayakan Hari Raya dengan baik. Oleh itu, kami ingin memastikan bahawa setiap pelajar, terutama yang berasal dari keluarga yang kurang mampu, dapat merasakan kebahagiaan dan kehangatan dalam menyambut hari raya bersama keluarga mereka.



Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membeli keperluan hari raya seperti pakaian, makanan, dan perlengkapan lainnya, serta memberikan duit raya kepada pelajar tahfiz yatim dan asnaf. Dengan bantuan daripada para dermawan, kami yakin bahawa kita sama-sama dapat memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada para pelajar kami yang sangat memerlukan.



Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi), 


Kami percaya bahawa setiap sumbangan yang diberikan pada bulan yang mulia ini akan mendatangkan berkah yang besar. Sehubungan itu, mulai RM10 kamu mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyumbang agar kita dapat menceriakan hati anak-anak syurga ini dan asnaf ini bagi meraih pahala yang besar terutama di detik-detik akhir penghujung Ramadan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat