MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 22, 2023

PENUHI KEPERLUAN MAKANAN PELAJAR ASNAF DAN YATIM

RM355 / 11.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KONGSI KEBAHAGIAN DENGAN MENYUMBANG UNTUK MAKANAN BERKHASIAT SEPERTI TELUR KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN JUGA ANAK YATIM MISKIN DI MAAHAD KAMI. AYUH KITA BANTU!


Makanan berkhasiat memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para pelajar. Tubuh badan adalah anugerah luar biasa daripada Allah SWT, dan kita sebagai hamba-Nya memiliki kewajipan untuk menjaga dan merawatnya dengan sebaik mungkin dengan mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT dalam firmannya:


"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah." (Al-Baqarah: 172)



Sehubungan itu, pihak maahad ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat yang telah dirahmati oleh Allah SWT untuk memberikan sedekah makanan berupa telur yang bermakna kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim miskin yang berada di dalam maahad kami.

Kami mengajak saudara-saudari sekalian untuk bersama-sama memberikan perhatian khusus terhadap keperluan makanan para pelajar. Dengan penuh kasih sayang, mari bersama memastikan bahawa mereka mendapatkan makanan yang seimbang dan berkualiti agar dapat menjalani proses pembelajaran dengan baik.




Melalui pemakanan yang baik dan berkhasiat dapat memberi manfaat kepada kesihatan para pelajar. Tubuh badan yang sihat adalah kunci utama untuk memastikan mereka dapat menjalani proses pembelajaran Al-Quran dengan penuh semangat dan fokus. Dengan pengambilan nutrisi yang berkhasiat dan mencukupi, para pelajar dapat melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu dengan lebih baik.



Selain itu, sedekah saudara-saudari tidak hanya akan memberikan keperluan nutrisi seperti protein, tetapi juga akan menjadi sumber kekuatan bagi mereka untuk menuntut ilmu Al-Quran dengan penuh semangat. Dalam mendukung pendidikan kepada 75 orang para pelajar asnaf dan anak yatim miskin ini dalam tempoh sehari sebanyak 3 papan telur diperlukan untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka.



Akhir kata, dengan rendah hati kami mengajak seluruh dermawan untuk bersama-sama berbuat kebaikan dengan memberikan sumbangan infaq mulai dari RM10, untuk menyokong pemberian makanan berkhasiat bagi mendukung pengajian anak-anak tahfiz di Maahad kami. Semoga sumbangan ini tidak hanya menjadi bekal nutrisi bagi para pelajar, tetapi juga menjadi amalan yang membawa kebahagiaan dan keberkatan bagi semua yang terlibat. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 28, 2023

NOOR AISHAH BINTI SHAIKH MOHAMED YAHYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat