MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 24, 2024

TELUR UNTUK KEPERLUAN PROTEIN PELAJAR

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERSAMA-SAMA MENGHULURKAN TANGAN UNTUK MEMBERIKAN SENYUMAN DI DALAM SETIAP SUAPAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH.


Di bulan syawal yang penuh mulia ini saya ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyumbang untuk membantu pihak maahad melengkapkan keperluan menu makanan harian pelajar di maahad tahfiz kami. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)



Walaupun secara asasnya apabila kita bersedekah, kita mengeluarkan duit. Namun, percayalah insya-Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga iaitu pulangan rezeki yang tidak terjangka. Asalkan kita luaskan pandangan kita kepada konsep rezeki. Setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.



Kami pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat untuk menyumbang sebanyak RM10 untuk kami membeli kelengkapan dapur seperti telur dan barangan yang lain. Hal ini bagi menambahkan lagi sumber protein bagi menjana tenaga pelajar-pelajar maahad untuk terus komited dalam penghafalan Al-Quran.



Insya-Allah kemurahan hati muslimin dan muslimat yang menyumbang ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa, malah, Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 26, 2024

AHMAD NURUDIN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat