Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada May 10, 2023
RM34,259 / 68.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
1865 Penyumbang
218 Baki Hari
Solat merupakan salah satu rukun Islam yang penting, dianggap sebagai tiang agama. Justeru, haram ditinggalkan dalam apa juga keadaan sekalipun, selagi mana akal masih waras. Oleh itu, setiap Muslim wajib melakukan solat secara sempurna dengan menepati hukum syarak dari segi rukun dan syaratnya.
Walau bagaimanapun, masih ada kelonggaran-kelonggaran yang tertentu dari segi pelaksanaannya jika menghadapi keuzuran. Sepertimana bagi individu yang kurang upaya fizikal atau keadaan kesihatan, menunaikan solat secara tradisional mungkin sukar atau bahkan mustahil. Sedekah kerusi solat bertujuan untuk menangani isu ini dengan menyediakan kerusi khusus yang membolehkan jemaah menunaikan solat dengan selesa dan mudah.
Satu inisiatif sedekah dari kami adalah bertujuan menyediakan kerusi khas untuk orang yang tidak dapat menunaikan solat secara biasa kerana kecacatan fizikal atau keadaan kesihatan. Kerusi ini direka untuk memberikan sokongan dan keselesaan kepada individu yang mungkin bergelut untuk mengekalkan postur yang diperlukan semasa solat.
Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji dan umrah tentulah mengharapkan agar urusan ibadah mereka dipermudahkan. Tambahan pula bagi jemaah yang tidak sihat tetapi masih mampu untuk melakukan solat. Jumlah kerusi solat masih kurang bagi kegunaan jemaah haji dan umrah ekoran dari pertambahan tetamu Allah di Mekah. Islam itu mudah, selari dengan hasrat kami yang berusaha mempermudahkan urusan jemaah melalui bantuan kerusi solat lipat ini.
Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan peri penting kedudukan solat di dalam agama kita.
Ayuh bersama kami menjadi sebahagian penderma kerusi solat dan memudahkan urusan jemaah di sana.
الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ
“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan (Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, kamu akan dibalas seperti mana yang kamu telah lakukan.”
(Riwayat Abdul Razaq dalam Musnadnya)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada tanggal 6 Rabiulawal bersamaan dengan hari Jumaat, wakil PPIM telah menyerahkan 20 unit kerusi solat lipat kepada jemaah yang memerlukan sekitar Masjidil Haram.
Semoga dengan adanya kerusi ini, memudahkan mereka yang uzur dan kurang sihat untuk menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Pada tanggal 29 Safar bersamaan dengan hari Jumaat, wakil PPIM telah menyerahkan 20 unit kerusi solat lipat kepada jemaah yang memerlukan sekitar Masjidil Haram.
Semoga dengan adanya kerusi ini, memudahkan mereka yang uzur dan kurang sihat untuk menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Pada tanggal 22 Safar bersamaan dengan hari Jumaat, wakil PPIM telah menyerahkan 20 unit kerusi solat lipat kepada jemaah yang memerlukan sekitar Masjidil Haram.
Semoga dengan adanya kerusi ini, memudahkan mereka yang uzur dan kurang sihat untuk menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Pada tanggal 15 Safar bersamaan dengan hari Jumaat, wakil PPIM telah menyerahkan 30 unit kerusi solat lipat kepada jemaah yang memerlukan sekitar Masjidil Haram.
Semoga dengan adanya kerusi ini, memudahkan mereka yang uzur dan kurang sihat untuk menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Pada tanggal 1 Safar bersamaan dengan hari Jumaat, wakil PPIM telah menyerahkan 30 unit kerusi solat lipat kepada jemaah yang memerlukan sekitar Masjidil Haram.
Semoga dengan adanya kerusi ini, memudahkan mereka yang uzur dan kurang sihat untuk menyempurnakan ibadah mereka dengan lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 30, 2023
SHAHIRA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2023