KERUSI RODA SEDEKAH SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT

Dimulakan pada:
03 Dec, 2025
KERUSI RODA SEDEKAH SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT
5.35%
RM535
/RM10,000
25
penyumbang
27
baki hari

Tentang Kempen

Jangan tangguh niat baik anda. Mari bersama-sama kami mengurangkan beban mereka. Sumbangan anda bukan sekadar wang, tetapi 'kaki' untuk mereka berjalan dan 'sayap' untuk mereka terbang bebas.

​Adakah anda pernah terfikir betapa berharganya sekadar melangkah keluar rumah, melihat dunia, atau pergi ke tempat ibadah?

Bagi kita, itu rutin. Tetapi, bagi ribuan saudara kita yang kurang upaya, mobiliti adalah kemewahan yang mahal. Mereka terpaksa bergelut, terkurung, dan maruah diri kadang-kadang tercalar hanya kerana ketiadaan alat sokongan asas seperti kerusi roda.

​NGO Belia Prihatin berhasrat untuk mengubah realiti pahit ini. Kami melancarkan kempen besar-besaran untuk menyalurkan kerusi roda berkualiti tinggi kepada mereka yang benar-benar memerlukan, terutamanya di kawasan luar bandar dan komuniti B40.

​Setiap bulan, kami menerima panggilan dan permohonan yang menyayat hati.

​"Anak saya sudah dua tahun tidak dapat bersekolah kerana kerusi roda lamanya rosak teruk, dan kami tidak mampu beli yang baharu."

​"Suami saya lumpuh separuh badan selepas kemalangan. Dia hanya mampu melihat dari tingkap, tidak dapat ke surau jemaah lagi."

​Situasi ini bukan sekadar isu kesihatan, ia adalah isu maruah, pendidikan, dan kualiti pendidikan. Tanpa kerusi roda yang baik, mereka kehilangan akses kepada:

1. Pendidikan

2. ​Pekerjaan

3. ​Sosial

​Inilah masanya untuk kita bertindak. Anda memegang kunci kepada kemerdekaan dan mobiliti mereka. ​Berapakah kos untuk mengembalikan senyuman dan maruah ini?

Kos 1 Unit Kerusi Roda Premium (Tahan Lama): RM350

Kami faham, mungkin sukar untuk menyumbang penuh RM350 seorang. Oleh itu, kami membuka pintu sedekah serendah mengikut kemampuan anda. Jangan tangguh niat baik anda. Mari bersama-sama kami mengurangkan beban mereka. Sumbangan anda bukannya wang, tetapi adalah 'kaki' untuk mereka berjalan dan 'sayap' untuk mereka terbang bebas.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 23, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 28, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 15, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BAIK PULIH KELENGKAPAN SURAU AL-ARASY AL-MUTTAQIN SARAWAK
KONGSI REZEKI RAMADAN UNTUK JEMAAH SURAU AL ZAHARI
BINA TELAGA AIR BAHARU UNTUK MASYARAKAT PEDALAMAN LOMBOK
KEJAR KEBERKATAN RAMADHAN TAJA BERBUKA DAN PENGIMARAHAN MASJID
BINA MUSOLLA DARURAT UNTUK KORBAN BANJIR SUMATERA