INFAK HADIAHKAN KERUSI RODA UNTUK SAHABAT FASA 1 2025

RM235 / 7.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan ini adalah tanda keprihatinan dan kasih sayang anda kepada golongan yang diuji, memenuhi tuntutan agama untuk membantu golongan asnaf. Jom bantu!


Kempen ini bagi tujuan membeli kerusi roda untuk golongan asnaf yang memerlukan. Kerusi roda adalah satu keperluan asas yang sangat penting bagi mereka yang kurang upaya bergerak, uzur, atau terlantar. Ia bukan sekadar alat bantuan pergerakan, tetapi juga kunci kepada kemandirian, maruah, dan akses kepada kehidupan yang lebih bermakna.



Bagi asnaf yang berhadapan dengan masalah mobiliti, kerusi roda mampu mengubah kehidupan mereka secara drastik membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Dengan adanya kerusi roda, ia membolehkan mereka keluar dari rumah, berinteraksi dengan masyarakat, menghadiri majlis ilmu, atau melakukan aktiviti keagamaan di masjid/surau. Ini mengurangkan rasa terasing dan kesunyian.



Selain itu, ia dapat memberi mereka peluang untuk meneroka dunia luar, merasai udara segar, dan menjalani kehidupan yang lebih normal, sekaligus meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi. Sumbangan infaq anda untuk kerusi roda akan membawa ganjaran yang besar dan impak positif yang berpanjangan setiap kali kerusi roda itu digunakan oleh penerima untuk beribadah, menuntut ilmu, atau berinteraksi, anda akan terus mendapat pahala insya-Allah.



Kami menyeru individu, keluarga, syarikat, dan komuniti untuk bersama-sama merebut peluang kebaikan ini. Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, akan membawa senyuman dan kemudahan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Mari kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada usaha murni ini, memberikan sinar harapan dan kemudahan pergerakan kepada mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2025

Kempen Sumbangan Tamat