BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG BANGAU-BANGAU SEMPORNA SABAH

RM2,685 / 2.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000

162 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Allahuakbar!!! Marilah bersama kami berkongsi rezeki untuk membantu mangsa kebakaran di kampung tersebut, kalau bukan kita siapa lagi.


Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi, kami di PERTUBUHAN BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG BANGAU-BANGAU SEMPORNA SABAH, yang mana masyarakat di kampung tersebut, sering kali berlakunya kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.



Kasihannya mereka malang tidak berbau, kebakaran melanda KAMPUNG BANGAU-BANGAU SEMPORNA SABAH. Api marak secara berterusan telah mengakibatkan 10 blok rumah kongsi dianggarkan lebih 100 Pintu  rumah di kampung tersebut telah musnah.





Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 100 - 110 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan asas iaitu di bawah RM 100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Kebakaran ini juga melibatkan beberapa jembatan berdekatan di kampung tersebut.





Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!


ALLAHUAKBAR!!!

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat