BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN DI KAMPUNG KURNIA TAWAU

RM3,970 / 3.97 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

197 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Allahuakbar! Marilah bersama kami berkongsi rezeki untuk membantu mangsa kebakaran di kampung tersebut, kalau bukan kita siapa lagi.


Kasihannya mereka malang tidak berbau, kebakaran melanda Kampung Kurnia Jaya Bt4 Jalan Apas TAWAU sekali lagi. Api marak secara berterusan telah mengakibatkan 3 jembatan dianggarkan 700 buah rumah di kampung tersebut telah musnah dan kali ini menyebabkan hampir semua jembatan jembatan di kampung tersebut ranap di mamah api.









Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi, kami di PERTUBUHAN BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Kebakaran Di kg kurnia jaya bt4 jalan apas tawau, yang mana masyarakat di kg tersebut, sering kali berlakunya kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.









Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 700 - 800 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat BARANGAN KEPERLUAN ASAS iaitu di bawah RM 100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. 


Kebakaran ini melibatkan beberapa jembatan berdekatan di kampung tersebut.


Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka! 


ALLAHUAKBAR!!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NR WB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 09, 2022

NR WB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat