BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG CONTOH PETAGAS PUTATAN SABAH

RM1,137 / 7.58 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM15,000

60 penyumbang

8 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Sanggupkah kita melihat mereka bersedih meratapi nasib? Ayuh bersama sama kami berkongsi rezeki untuk membantu mereka.


Assalamualaikum WBT, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Kebakaran di Kampung Contoh Petagas Putatan Sabah. Masyarakat di kampung tersebut sering kali mengalami tragedi kebakaran yang memusnahkan rumah mereka. Majoriti penduduk kampung tersebut adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Marilah kita bersama sama berkongsi rezeki dan membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.



Malang tidak berbau, rumah mereka hilang sekelip mata rentung dijilat api hasil kebakaran yang terjadi. Api marak secara berterusan telah mengakibatkan lebih 30 rumah kongsi yang didiami oleh lebih 36 ahli keluarga di kampung tersebut telah musnah.



Hasil bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 50-70 penerima manfaat dan setiap keluarga akan mendapat barangan keperluan asas bernilai bawah RM100.00, barangan keperluan yang lain serta sedikit wang tunai melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperolehi kelak.


Marilah kita bersama membantu saudara kita yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Jom berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing dalam membantu mangsa-mangsa kebakaran ini.  Ayuh menyumbang serendah RM10.00 untuk membantu mereka!



Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2022