Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Sep 04, 2025
RM630 / 10.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Kampung Gas Batu Sapi Sandakan, Sabah. Kawasan tersebut sering kali berlaku kebakaran rumah mereka. Mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka.


Kira-kira 3 buah rumah persendirian musnah iaitu 6 ketua isi rumah menjadi mangsa kebakaran di Kg Gas Batu Sapi Sandakan. Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 6 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan bernilai RM1,000 seperti:
1. Tilam
2. Kayu dinding
3. Plywood
4. Zink Spandex
5. Bakul makanan
6. Barangan elektrik
7. Dapur
8. Tong gas

"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah SWT pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."
(Hadis Riwayat Tabrani)


Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Sama-sama kita berganding bahu, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Menyumbanglah dengan serendah RM10 untuk bantu mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM70.00
Sep 12, 2025
BEH JIN SENG FAMILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2025
MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 08, 2025