SUMBANGAN IKHLAS MANGSA KEBAKARAN KG JATI BATU 5 TAWAU

RM250 / 1.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama kami berkongsi rezeki untuk membantu mangsa kebakaran di kampung ini. Kalau bukan kita, siapa lagi?


Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan bantuan mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5, Tawau Sabah. Masyarakat di kampung tersebut sering kali menjadi mangsa kebakaran. Di sana, mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Jadi, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka bagi mengurangkan beban yang  ditanggung.



Malang tidak berbau, kebakaran yang melanda Kampung Jati Batu 5 Tawau, membawa kepada api marak secara berterusan mengakibatkan sebuah kemalangan jiwa kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun dan dianggarkan lebih 30 ke 40 buah rumah di kampung tersebut telah musnah.




Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."(Hadis Riwayat Tabrani)



Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan seramai 30 ke 40 orang penerima manfaat dan sebuah keluarga akan mendapat barangan keperluan asas dan barangan rumah iaitu di bawah RM500 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Kebakaran ini juga telah menjejaskan beberapa jambatan berdekatan di kampung tersebut.



Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar maknanya di mata mereka. Marilah berganding bahu, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Menyumbanglah serendah RM10 untuk bantu mereka!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat