Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Feb 19, 2025
RM330 / 11.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Konsep program sumbangan kewangan bagi sedekah Al-Quran untuk kegunaan semasa bulan Ramadan adalah menyediakan Al-Quran kepada masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim, dan pusat tahfiz untuk digunakan sepanjang Ramadan. Dengan cara ini kita menggalakkan lebih ramai umat Islam membaca, bertadarus, dan mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan yang penuh keberkatan.

Selain itu ia memberikan peluang kepada penyumbang untuk beramal jariah dan mendapatkan pahala yang berterusan dengan pembelian serta pengedaran Al-Quran ke tempat-tempat yang memerlukan. Ia juga menunjukkan sokongan kepada pelajar tahfiz dengan menyediakan bahan bacaan dan keperluan asas mereka.

Penganjuran Majlis Khatam Al-Quran dengan penyediaan hadiah, makanan berbuka puasa, dan program motivasi.

Infaq yang berpanjangan, terutama melalui penyaluran Al-Quran merupakan pahala yang berterusan. Setiap ayat yang diajar atau dibaca oleh pelajar tahfiz dan setiap bacaan yang dihayati oleh jemaah masjid adalah sumber keberkatan yang tidak terhingga. Infaq dalam bentuk Al-Quran bukan sekadar pemberian fizik, tetapi juga penanaman nilai-nilai spiritual dan ilmu ke dalam masyarakat.

Pelajar tahfiz adalah penerus generasi yang memegang tanggungjawab besar dalam menjaga warisan ilmu Al-Quran. Infaq Al-Quran kepada pelajar tahfiz adalah sumbangan kepada pembangunan rohaniah generasi masa depan. Mereka tidak hanya mempelajari ayat-ayat suci, tetapi juga menjadi amil yang menyebarkan rahmat dan hikmah Al-Quran dalam masyarakat.

Jom infaq pahala berpanjangan melalui sedekah Al-Quran untuk pelajar tahfiz dan jemaah masjid adalah langkah bijak dalam menyuburkan ilmu dan keberkatan dalam kalangan masyarakat. Setiap sumbangan kita menjadi sumber pahala yang terus mengalir, membawa manfaat kepada generasi-generasi yang akan datang. Melalui amal kebajikan ini, kita merapatkan diri kepada pahala dan rahmat Allah serta meningkatkan kedalaman keimanan dalam diri kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 20, 2025