DANA KHATAN ANAK ANAK KEMBOJA

RM80 / 0.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MBCO bersama 14 orang sukarelawan dan seorang doktor pakar akan menjalankan program khatan di Kemboja. Sokong kami bagi menjayakannya!


"Berkhatan itu sunnah bagi lelaki dan mulia bagi perempuan." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)

Hadis di atas menunjukkan bahawa agama telah menggalakkan lelaki dan perempuan untuk berkhatan, tujuannya adalah untuk membersihkan diri daripada hadas. Berkhatan juga merupakan salah satu identiti orang Islam sehinggakan mualaf atau orang yang baru memeluk Islam walaupun sudah dewasa tetapi belum berkhatan digalakkan untuk berkhatan.


Kami yang mengakui kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad ﷺ, sewajarnya menyiarkan sunat ini kepada masyarakat dengan tujuan untuk menyampaikan syiar Islam secara ikhlas. Bagi majoriti penduduk beragama Islam di Kemboja, berkhatan bukan satu perkhidmatan yang mudah diperoleh ditambah pula dengan kos tinggi dan kebanyakan kanak-kanak di sana masih berkhatan dengan cara tradisional.


Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kebanyakan penduduk Islam di Kemboja mengharapkan sumber pertanian dan ternakan sebagai mata pencarian bagi meneruskan kelangsungan hidup. Kedaifan masyarakat Islam di negara itu menarik simpati kami untuk menabur bakti dan memberi perkhidmatan berkhatan serta perubatan secara percuma kepada anak-anak Islam yang miskin.


Walaupun penduduk Islam di sana adalah golongan minoriti, mereka tekun dan patuh melakukan amalan agama. Perkhidmatan berkhatan di perkampungan mereka masih menggunakan cara lama yang menyakitkan serta menakutkan kanak-kanak berbanding teknologi berkhatan dibawa dari Malaysia.


Kaedah ini lebih mudah, selamat dan bersih dalam era baru dalam kaedah bersunat. Selain daripada perkhidmatan berkhatan secara percuma, kita juga akan sama membantu saudara Islam kita di sana dengan memberikan rawatan kesihatan selain menyumbang pelbagai bantuan dan keperluan kepada golongan asnaf di negara terbabit.


MBCO bersama 14 orang sukarelawan dan seorang doktor pakar akan menjalankan program di Kemboja dengan melibatkan dua buah kampung di Kemboja dan akan mengkhatankan seramai lebih daripada 200 kanak-kanak di negara berkenaan pada November ini. Kita bantu selagi mampu, semoga setiap kebaikan kita akan menjadi asbab kebaikan yang lain dan menjadi asbab pintu rezeki kita dibuka seluas-luasnya.
Al-Imam Ath-Thobari rahimahullah berkata,

وفيه من الفقه أن كل من أعان مؤمنًا على عمل بر فللمعين عليه أجر مثل العامل

“Dan dalam hadits ini terdapat fiqh (pemahaman) bahwa setiap orang yang menolong seorang mukmin dalam melaksanakan satu amalan kebaikan maka orang yang menolong tersebut mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkannya.”

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat