PERTUBUHAN KEBAJIKAN AURA KASIH

Dimulakan pada Oct 05, 2022

BANTUAN KIT BANJIR

RM125 / 0.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menghulurkan bantuan tanda sokongan kita kepada masyarakat dalam menyediakan kit banjir ini. Sekaligus, memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya penyediaan kit banjir ini.


Assalamualaikum wbt. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Kebajikan Aura Kasih terpanggil untuk menggerakkan kempen bantuan kit banjir bagi persediaan musim banjir yang dijangka bermula November ini. Kempen ini kesinambungan daripada beberapa siri kempen yang telah kami lakukan bersama NGO lain mendapat sambutan baik daripada penerima seperti bantuan perniagaan kepada ibu tunggal dan asnaf, beg sekolah, bakul makanan, pelitup muka dan bantuan Hari Raya Aidilfitri. Hal ini kerana, kami mengambil maklum mengenai bencana banjir yang dijangka bermula bulan November ini kesan daripada Monsun Timur Laut. 



Oleh itu, kami berasa adalah perlu untuk membantu mereka terutamanya yang tinggal di luar banjir untuk menyediakan kit banjir jika berlaku sebarang bencana banjir di tempat mereka. Objektif kami adalah membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di luar bandar menyediakan kit banjir seperti life jacket, beg kalis air, wisel, lampu suluh, powerbank, panadol dan mineral water. Hasil sumbangan kempen ini, kami menyasarkan untuk membantu seramai 100 keluarga sebagai sasaran awal. 



Semoga dengan sumbangan anda ini, dapat membantu masyarakat tentang pentingnya penyediaan kit banjir ini terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan kawasan yang kerap dilanda bencana banjir. Kepada para penyumbang, semoga dengan sumbangan ini, anda mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNYA. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu menyediakan kit banjir ini di platform sumbangan.com.



“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AHLI NERAKA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2022

MOHD TAUFEK BIN ABD AZIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

NURUL FITRIYATON IDAWIYAH BT NAHRAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat