ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 04, 2023

INFAQ KIT KEBERSIHAN UNTUK PELARIAN ROHINGYA

RM90 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hulurkan infaq anda untuk membantu saudara Muslim pelarian Rohingya agar mereka dapat hidup sehat.


Assalamualaikum Tuan/Puan. Masih ingatkah anda dengan pelarian Rohingya yang terkandas di Aceh, Indonesia?


Kira-kira 60 Muslim Rohingya terdampar di pantai Indra Patra, Ladong, Daerah Mesjid Raya, Kabupaten Aceh Besar, pada Ahad 25 Disember 2022. Menggunakan bot kecil, mereka belayar di laut tanpa bekalan yang mencukupi. Mereka melakukan ini untuk mendapatkan tempat hidup yang lebih baik. Lari dari tanah air mereka, kerana mereka mendapat diskriminasi. Alhamdulillah Tim Asar Humanity telah pun berada di lokasi apabila mereka dipindahkan oleh pasukan kerajaan tempatan untuk pengumpulan data dan usaha menyelamat pertama.



Keesokan harinya, 185 bersaudara Rohingya kembali ke Pantai Ujong Pie, Kecamatan Muara Tiga, Kabupaten Pidie, Aceh, pada Isnin 26 Disember 2022.


Berdasarkan laporan Polis Daerah Aceh, daripada 185 bersaudara Rohingya, 83 adalah lelaki, 70 wanita dan 32 kanak-kanak. Pada masa ini keadaan kesihatan mereka sangat membimbangkan, ramai daripada mereka terbaring lemah dan telah dimasukkan iv drip. Menurut cerita dari pada pelarian yang selamat, ada sekitar 30 orang maut selama terapung di laut. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.



Setakat mereka tinggal di khemah pelarian yang diberikan kerajaan tempatan bersama pihak berkuasa tempatan telah membawa saudara Rohingya ke pusat perlindungan sementara di Sekolah Menengah Awam Curei 2. Namun kehidupan sehari-hari mereka tergantung dengan bantuan kita. Keadaan kesihatan mereka semakin merosot, setelah berminggu-minggu berada di tengah lautan mencari tempat berteduh, tanpa membawa bekalan. Mereka benar-benar memerlukan bantuan dengan ubat-ubatan, makanan dan bantuan logistik lain.




Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama membantu saudara Muslim pelarian Rohingya. Kami tidak bisa bergerak sendirian, kami membutuhkan huluran tangan dan kebaikan anda. Jom bantu saudara Rohingya yang terkandas di Aceh dengan sedekah terbaik anda.


InshaAllah sumbangan dari anda akan kami agihkan kepada pelarian Rohingya dalam bentuk kit kebersihan diri, agar mereka dapat hidup sehat dan terjauhkan dari penyakit. Semoga Allah limpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat