PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Mar 13, 2023

SUMBANGAN KITS RAMADHAN DAN PERSEDIAAN SYAWAL

RM160 / 0.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anda mampu memberikan kebahagiaan buat yang tidak berkemampuan dengan menaja makanan berbuka serta persiapan hari raya! Jom dapatkan keberkatan Ramadhan dengan menderma di sini.


Ramadan yang bakal bermula tidak lama lagi adalah bulan yang paling dinantikan umat Islam seluruh dunia. Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya ketika ketibaan bulan Ramadan.


Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.” (HR At-Tirmidzi)



Persatuan kami terpanggil untuk membantu menyediakan Kits Ramadhan dan Persediaan Syawal buat yang tidak berkemampuan. Disamping kesibukan kita menyiapkan segala persiapan raya, jangan kita lupa menjenguk sekiranya masih ada jiran-jiran kita yang kelaparan dan masih belum mempunyai apa-apa keperluan.



Kits Ramadhan ini akan mengandungi pelbagai bahan masakan berbuka puasa dan makanan hari raya seperti pek ketupat nasi segera, lemang segera, kordial dan kuih raya. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk umat Islam dan disambut dengan penuh kegembiraan. Oleh itu, mari bersama-sama kami untuk pastikan mereka yang kurang bernasib baik juga dapat menyambut Syawal dengan senyuman.



Menyediakan segala keperluan dan peralatan baru menyambut lebaran hukumnya harus dan sunnah. Namun, menyantuni jiran yang kelaparan hukumnya wajib. Jiran prihatin, mewujudkan masyarakat kukuh dan utuh.



Sumbangan anda akan disalurkan kepada yang tidak berkemampuan yang terpilih bagi menaja mereka berbuka puasa dan membuat persiapan raya. Dengan sumbangan anda, mereka tidak lagi runsing memikirkan kewangan bagi menyediakan juadah berbuka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat