PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Mar 29, 2023

KONGSI KEBAIKAN RAMADAN DENGAN IFTAR PERCUMA

RM115 / 0.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kongsi kebaikan Ramadan adalah suatu usaha dan inisiatif membantu golongan asnaf, pelarian dan mereka yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan berlangsung tidak kira dimana sahaja mereka berada.


Amalan ibadah merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia. Ini kerana melaksanakan amal ibadah yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.



Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. 


Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan (B-Humanity) telah bekerjasama dengan pelbagai rakan NGO dalam dan luar negara untuk melestarikan program Ramadan pada setiap tahun. Pada tahun ini, B-Humanity sekali lagi melancarkan Projek Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Backpackers Malaysia dan Pertubuhan Ihsan Madani disamping beberapa rakan NGO di setiap negara yang akan dilaksanakan. Ramadan ini, umat Islam di seluruh dunia kini boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada B-Humanity, kami akan melaksanakan projek Ramadan ini untuk anda, serta kami akan sampaikan sumbangan Ramadan ini kepada mereka yang betul-betul layak dan golongan sasar yang menepati kriteria.


Kedermawanan Rasulullah di Bulan Ramadhan


Rasulullah SAW, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA:


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة


“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)




Tajaan Iftar di Bumi Gaza, Palestin


Sertai kempen kongsi kebaikan Ramadan Humanity dengan beberapa pakej yang akan diagihkan kepada beberapa buah negara yang terpilih. Antara pakej berikut ialah:


1. Tajaan Iftar dan Sahur Humanity RM20

2. Bakul Ramadan Humanity RM100

3. Pek Raya Humanity RM150

4. Sedekah Pahala Ramadan RM200



Tajaan Iftar di Masjid Al-Aqsa




Bakul Makanan Ramadan



Tajaan Iftar dan Sahur Anak Yatim dan Asnaf di Malaysia




Jom kita bersama kongsi kebaikan Ramadan dengan saudara kita di luar sana. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan bebanan mereka di sana.


“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 04, 2023

AIEN WANIE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat