ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 20, 2023

SISTEM BEKALAN AIR DI SOMALIA PERLUKAN DANA SEGERA

RM1,075 / 10.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita meringankan bebanan yang dialami rakyat Somalia dengan menghadiahkan mereka Kompleks Sistem Bekalan Air Bersih buat mereka.


Somalia, sebuah negara dengan populasi lebih daripada 17 juta penduduk kini berdepan dengan krisis air yang tiada kesudahan. Bekalan air bersih dan selamat untuk diminum turut sama terjejas kesan daripada krisis air ini mengakibatkan sebahagian rakyat Somalia tidak mampu untuk hidup dengan selesa dan selamat.


Menurut beberapa laporan dianggarkan seramai 4.5 juta atau 25% daripada kesuluruhan populasi di Somalia berdepan dengan kesukaran untuk mendapat bekalan air bersih dan selamat untuk diminum dan kegunaan harian.



Pasti di antara kita terkejut apabila kami menceritakan kebanyakan rakyat Somalia yang berada di kawasan pedalaman terpaksa berjalan kaki pergi balik lebih daripada 40 km mengharungi cuaca panas untuk mendapat bekalan air bersih. Ya, inilah cabaran yang mereka lalui setiap hari untuk mendapatkan bekalan air bersih.



Pada tahun 2020, dengan bantuan keluarga kami di Somalia, Islamic Relief Somalia, kami telah menyempurnakan amanah orang awam yang mengimpikan rakyat Somalia memperoleh bekalan air bersih dengan pembinaan kompleks sistem bekalan air bersih dengan ketinggian lebih kurang rumah 3 tingkat. Kompleks ini mampu menampung penggunaan satu kampung yang berjumlah sekitar 10,000.


Bayangkan berapa ramai penduduk Somalia yang mendoakan segala kebaikan kepada penderma yang memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan air bersih. Sudah pastinya kita turut bergembira dengan doa-doa mereka.



Tahun ini kami sekali lagi mahu membina kompleks sistem bekalan air. Sama-sama kita bantu mereka meringankan bebanan yang mereka lalui.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat