ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 30, 2024

GEMBIRAKAN WARGA SOMALIA DENGAN PEMBINAAN KOMPLEKS AIR

RM306 / 3.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

19 Penyumbang

317 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kami membina kompleks air buat rakyat Somalia yang sukar untuk mendapat akses bekalan air bersih. Sumbangan anda mengukir wajah senyuman mereka.


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF, pada tahun 2019, 52% populasi di Somalia tidak mendapat bekalan asas air bersih. Angka tersebut dijangka meningkat berikutan konflik dalaman yang tiada penghujung, pencemaran alam sekitar dan juga krisis iklim.


Lebih parah lagi sekitar tahun 2021 sehingga 2023, rakyat Somalia seramai 500,000 rakyat Somalia kehilangan tempat tinggal disebabkan krisis air dan juga kemarau. Bahkan rakyat Somalia terpaksa berjalan jauh puluhan kilometer mengharungi cuaca panas melampau untuk mendapatkan bekalan air bersih di sumber air yang berdekatan.



Sekiranya kita perhalusi situasi krisis air di Somalia kita akan dapati, dianggarkan seramai 1.8 juta kanak-kanak tidak mendapat nutrisi sempurna disebabkan kurangnya sumber bekalan air bersih. Bayangkan anak-anak kita berhadapan dengan kebuluran dan kehausan, pastinya akan berasa sedih tidak terhingga.


“Dalam tempoh kemarau selama 3 bulan, 70 ekor ternak saya telah mati. Di kampung ini, banyak rumah terpaksa ditinggalkan kerana penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lain yang mempunyai bekalan air. Tolonglah kami. Kami sangat memerlukan bantuan." - Yusof Omar



Pada tahun 2018, Islamic Relief Malaysia melalui pejabat lapangan kami di Somalia, Islamic Relief Somalia telah berjaya membina dua buah kompleks sistem bekalan air di Maqar Areys dan Waberi Star yang mana 60,000 penduduk di Balcad, Shabelle Tengah akan menerima manfaat.

Kami menjemput anda sekali lagi untuk membina Kompleks Sistem Bekalan Air di Somalia (Baidoa, Baladwayne & Garowe) yang mana ia mampu untuk meringankan bebanan penduduk setempat untuk peroleh bekalan air bersih. Kompleks ini juga akan dilengkapi dengan tangki air dan sistem solar penal.



“Kemarau menyebabkan haiwan ternakan saya mati. Sekolah juga ditutup kerana ramai pelajar terpaksa berpindah ke kawasan lain untuk mencari sumber air. Terima kasih Islamic Relief. Pembinaan kompleks air ini banyak mengubah kehidupan kami.”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 06, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 05, 2024