SUMBANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS ASRAMA WARGA EMAS

RM3,073 / 0.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM593,049

123 Penyumbang

259 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS), ingin memohon sumbangan orang ramai untuk membina kompleks asrama warga emas di Bukit Napai, Mukim Binjal, Kedah.


Kami dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS), ingin meminta sumbangan orang ramai untuk membina kompleks asrama warga emas di Bukit Napai, Mukim Binjal, Kubang Pasu, Kedah. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk pembinaan bangunan pentadbiran, asrama, surau dan dewan masak/makan yang amat penting dan perlu disiapkan secepat mungkin.


Kompleks ini bakal menempatkan warga emas yang mempunyai anak-anak tetapi tidak menghiraukan ibu bapa mereka, ibu tunggal, atau orang tua yang dibiarkan tinggal bersendirian. Selain itu, warga emas yang tidak mempunyai anak dan hidup terbiar juga bakal ditempatkan di fasiliti kami.



Gambar perbincangan untuk membina kompleks asrama warga emas


Lagipun, siapa lagi yang bakal menjaga segala keperluan warga emas ini pada akhir hidup mereka kalau bukan kita. Marilah bantu menjaga kebajikan warga emas yang terdampar ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dipenghujung usia dgn penuh kerahmatan Allah SWT. Kasihan orang tua di luar sana yang tidak mempunyai rumah dan terpaksa hidup merempat dalam keadaan yang melarat.


Tanpa sebarang ahli keluarga, makan pakai mereka juga tidak terjaga. Malah, ada juga antara mereka yang tidak sihat dan perlukan pemantauan rapi daripada pihak professional. Oleh sebab itu, kami bertekad untuk menyediakan satu fasiliti yang lengkap untuk kegunaan semua warga emas ini. Harapan kami agar mereka dapat menghabiskan sisa-sisa masa mereka di dunia ini dalam keadaan yang terjaga, selesa dan pada masa yang sama, dapat fokus sepenuhnya dalam ibadah harian mereka.



Perbincangan di hadapan tapak projek


Tujuan pembinaan kompleks asrama warga emas adalah untuk menyediakan tempat yang nyaman, selesa dan kondusif bagi penghuni asrama. Reka letak asrama juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti laluan pejalan kaki, susun atur yang mesra kerusi roda dan landskap yang menghijau supaya ia dapat membuatkan penghuni serta pengunjung rasa aman dan damai.


Matlamat pertubuhan kompleks asrama warga emas ini ialah:

1. Untuk memberi pertolongan kepada warga emas yang sedang dalam kesusahan atau mengalami kesempitan hidup.

2. Menyediakan aktiviti kesihatan kepada warga emas.

3. Memastikan warga emas dapat menimba ilmu melalui program-program yang disediakan.

4. Memastikan kehidupan warga emas terjaga serta membantu segala urusan kebajikan yang diperlukan oleh warga emas.



Tapak asrama warga emas yang bakal dibangunkan oleh PEWARIS


Pihak PEWARIS amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk memastikan visi kami ini tercapai. Rumah warga emas ini bukan sahaja dapat memastikan hidup orang tua yang terbiar atau ditinggalkan lebih terbela, mereka juga dapat menjalani hari-hari terakhir mereka di bawah pemantauan pihak yang bertanggungjawab.


Marilah kita sama-sama berganding bahu agar visi dan misi PEWARIS dapat dilaksanakan. Oleh sebab itu, besar harapan kami agar orang ramai turut membantu dalam menjalankan misi kami ini. InsyaAllah, semua sumbangan pihak tuan dijalan Allah ini diberkati dunia dan akhirat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagisesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 26, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM33.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022