AKADEMI TAHFIZ ALHAMIDI

Dimulakan pada Jun 30, 2021

DANA SUMBANGAN INFAQ DAN WAQAF FISABILILLAH

RM2,631 / 0.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

71 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUHHH BELI SAHAM AKHIRAT ANDA SEKARANG!! MUDAHAN KITA DIHITUNG SEBAGAI AHLULLAH DALAM MEMARTABATKAN AL-QURAN DAN PARA HUFFAZ SERTA USAHA KE ARAHNYA...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Para tetamu Allah Azza wa Jalla,


Alhamdulillah, pihak pengurusan Akademi Tahfiz Al-Hamidi (ATAH) telah menerima hibah infaq sebidang tanah berukuran 6 ekar di Kampung Chabang, Kerteh untuk dibangunkan sebuah kompleks tahfiz dan pengajian Islam. Pihak ATAH dalam usaha untuk menubuhkan sebuah yayasan kebajikan sebagai dasar pengurusan kompleks tersebut bercadang untuk membuka peluang keemasan ini kepada rakyat Malaysia khususnya untuk berkongsi sedikit sebanyak harta yang dikurniakan Allah Taala dengan pihak kami sebagai langkah kecil untuk merealisasikan impian tersebut.


Tujuan utama kempen ini adalah untuk mengwar-warkan dan mengumpul Dana Sumbangan Infaq dan Waqaf Fisabilillah ke dalam tabung pengurusan ATAH, dan pihak kami mensasarkan jumlah kutipan sumbangan ialah sebanyak RM 1 Juta bagi memula dan menguruskan projek pembangunan dan pembinaan Kompleks Akademi Tahfiz Fasa 1 Tahun 2021 tertakluk kepada jumlah terkumpul.


Berikut adalah lakaran cadangan penempatan Kompleks Akademi Tahfiz Fasa 1/2021:



Penempatan ini akan menggunakan anggaran 2 ekar daripada tanah yang diinfaqkan kepada pihak pengurusan ATAH, dan tempoh anggaran pembangunan dan pembinaan fasa 1 ini adalah kurang dari 2 tahun in sha Allah, tertakluk kepada jumlah yang terkumpul.


Seterusnya, setelah selesai Fasa 1, kami bercadang untuk meneruskan projek pembangunan dan pembinaan Kompleks Akademi Tahfiz ATAH berskala penuh di atas tanah tersebut. Berikut adalah ilustrasi cadangan kompleks tersebut:



Pembinaan kompleks ini termasuklah sebuah masjid sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran utama, kuarters guru dan staf, penginapan pelajar dewasa dan kanak-kanak serta warga emas, bangunan kedai, kawasan penternakan dan pertanian, dataran awam, pusat sukan dan rekreasi dan lain-lain fasiliti yang berkaitan.


Sehubungan dengan itu, kami pihak pengurusan ATAH dengan rendah hati memohon jasa baik dan perhatian para tetamu Allah Azza wa Jalla, untuk bersama-sama dengan kami berkongsi apa yang mampu bagi merealisasikan impian untuk melahirkan graduan huffaz profesional dalam pelbagai bidang in sha Allah.


Akhir kata, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza untuk perhatian dan jasa baik kalian. Mudah-mudahan Allah Taala dengan rahmatNya mengurniakan hidayah kepada kita semua, menerima segala amal soleh, serta melipatkaligandakan ganjaran saham akhirat kita nanti in sha Allah. Wallahua'lam...

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

  • Sep 30, 2021

    https://fb.watch/8kSPqHr06z/


    MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH KG. CHABANG


    DIRASMIKAN OLEH:


    YM PROFESOR DOKTOR ASSAYYID ALHABIB ABDUL HAMID BIN ALI ALMAHDALY ALAZHARIY

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZAM HALIZAN BIN HAMID

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat