BERSAMA MEMBANGUNKAN KOMUNITI ANAK ASNAF

RM1,075 / 2.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membangunkan komuniti anak asnaf di Semenanjung dan Sabah yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan dan membantu kebajikan mereka.


BERSAMA KAMI DALAM MEMBANTU ANAK ASNAF DARI SEGI PENDIDIKAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA DI SEMENANJUNG & SABAH.
 




Gambar 1.1 : Aktiviti anak-anak asnaf tajaan dalam sesi pembelajaran.


Terdapat 3 inisiatif PACU iaitu Raudhatul Huffaz (RH), Projek Tuisyen Ummah (PROTU) dan Anjung Insyirah (AI) yang menjadi tempat rujukan pendidikan anak asnaf di Semenanjung dan Sabah. Jumlah anak asnaf tajaan yang bernaung di bawah 3 Inisiatif PACU adalah sebanyak 500 orang dan akan bertambah lagi dari masa ke semasa.


Selain itu juga, kami membuka peluang kepada anak-anak asnaf lain di luar sana untuk bergabung dengan anak-anak asnaf tajaan kami dalam mengembangkan lagi pendidikan serta meringankan beban keluarga mereka sendiri. Kami sedia maklum bahawa kos untuk pendidikan dan kebajikan anak asnaf adalah sangat tinggi, tambahan pula untuk masa sekarang.



Gambar 1.2 : Perumahan anak asnaf di Sabah di bawah inisiatif Raudhatul Huffaz.


Ketahuilah bahawa bukan sahaja Pendidikan yang menjadi penghalang kepada anak asnaf untuk belajar, tetapi juga faktor ketidakmampuan keluarga mereka dalam menyediakan keperluan anak-anak untuk belajar dengan lebih selesa.


Marilah kita membantu anak-anak asnaf ini dengan menaja mereka dalam memberi pendidikan yang sempurna dan meringankan beban keluarga anak asnaf di Semenanjung dan Sabah.


Hasil daripada sumbangan melalui kempen ini, akan kami berikan mengikut kepada keperluan yang berbeza di antara satu sama lain seramai 200 orang pelajar. Antaranya ialah:

- Pembayaran yuran

- Pembayaran yuran kelas tambahn

- Pembayaran buku-buku latihan & rujukan




Gambar 1.3 : Anak tajaan dari 3 inisiatif PACU di Semenanjung dan Sabah.


SERAMAI 500 ANAK ASNAF YANG BERNAUNG DI BAWAH 3 INISIATIF KAMI MEMERLUKAN TAJAAN PENDIDIKAN!


Jom bersama-sama dengan kami dalam membantu anak-anak asnaf di sekitar Semenanjung dan Sabah dalam menaja pendidikan mereka supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran akademik mahupun agama.


Sebarang kemusykilan/ pertanyaan mengenai kempen pendidikan dan kebajikan anak asnaf boleh terus whatsapp/hubungi Pegawai Perhubungan Awam & Dana PACU, Cik Mira (011-40047543) / Cik Syida (014-5521807).

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat